Monday, February 20, 2012

Penyampaian Netbook Kepada Pelajar







Penyampaian Netbook kepada 50 pelajar yang layak menerimanya telah berlangsung pada 12 Febuari 2012 yang lalu di Pusat Sumber Sekolah yang telah disempurnakan oleh GPK Akademik, Encik Akashah Ismail,mewakili Tuan Pengetua. Bantuan Netbook ini adalah di bawah sumbangan SKMM.

Penyampaian kepada pelajar yang layak dilakukan dengan teratur dan lancar tanpa sebarang kontoversi. Ibubapa pelajar penerima sumbangan dijemput hadir dan menerima Netbook bagi pihak anak-anak mereka.

Apa yang diharapkan melalui Netbook yang diterima ini , ia akan menjadi pendorong kepada para pelajar untuk belajar dengan cara yang lebih kreatif , menggunakannya untuk mendapatkan maklumat dan bahan permbelajaran. Adalah sesuatu yang amat malang jika para pelajar ini hanya menghabiskan masa dengan layarani laman-laman yang tidak berfaedah atau menggunakannya hanya untuk sekadar berhubung melalui facebook. Dalam hal ini , pernana ibu bapa amatlah penting. Ibubapa mestilah menjalankan tanggungjawab memantau aktiviti anak-anak di rumah dan memastikan kemudahan netbook ini tidak disalahgunakan.

Kita doakan agar para pelajar ini akan menggunakan netbook ini sebaik mungkin dan moga-moga ia bermanfaat . Sesuai dengan era ICT dan pembudayaan ICT yang diterapkan di SMKTTJ , kita berharap para pelajar ini akan memanfaatkan pemberiaan ini dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan ICT di sekolah ini.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMKTTJ...

















ALHAMDULILLAH...Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 17 Febuari 2012 yang lalu ternyata berjalan dengan lancar dan meriah. Sambutan kali ini diadakan serentak dalam satu hari bagi sessi pagi dan petang.

Sambutan pada sessi pagi Jumaat itu, menampilkan personaliti Muhammad Husaini , Naib Johan Akademik Al-Quran , manakala pada petangnya pula menampil tokoh penceramah muda yang terkenal di Seremban ini iaitu Ustaz Muhammad Khusairi.

Sambutan pada sessi pagi bermula seawal jam 7.15 pagi apabila para pelajar , guru dan staf berkumpul di Dataran Cendiakawan dengan berpakaian pelbagai warna dengan berselawat sebelum memulakan perarakan di padang sekolah sambil berselawat. Sekitar jam 7.45 pagi, perarakan bermula dengan para pelajar dipecahkan kepada 4 kumpulan dan saudara Husaini meminpin bacaan selawat. Suasana pada pagi itu ternyata amat meriah dan berwarna warni dengan pakaian serba indah dan semangat paara pelajar yang dijelmakan melalui selawat ke atas junjungan Nabi Muhammmad s.a.w.

Perarakan di sekeliling pada sekolah dan kembali semuala ke Dataran Cendiakawan memakan masa kira-kira 20 minit. Ternyata semua orang berpuasahati dapat merasakan suasana perarakan yang pertama kali di adakan di sekolah ini sempena Maulidur Rasul...

Acara seterusnya ialah persembahan marhaban oleh kumpulan Marhaban yang dianggotai oleh Ustaz Mohd. Nizam, Encik Rais dan Tn. Hj. Zakaria. Kemuncak sambutan adalah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Saudara Husaini... Alunan bacaannya yang indah ternyata menjadikan susana senyap dengan semua warga sekolah menghayati setiap patah ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan. Seterusnya, tazkirah ringkas disampaikan oleh saudara Husaini menyentuh soal menghayati erti kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w dan perkaara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk menyatakan kasih sayang kita kepada Rasullullah s.a.w.

Padapetang harinyapula sambutan bagi pelajar sessi petang dilangsungkan di ruang legar sekolah dengan ceramah daripada Ustaz Khusairi. Kebijaksanaan beliau berceramah berjaya menarik minat pelajat mengikutinya dengan khusyuk.Isi kandungan ceramahnya banyak berkaitan dengan sunnah Rasul yang perlu kita ikuti semampu yang boleh sebagai bukti kasih sayang kitta terhadap baginda Rasuillullah.

Tuan Pengetua telah berkesempatan menyertai kedua-dua majlis dan sempat menyempaikan cenderamata tanda terima kasih kepada kedua-dua tetamu jemputan.

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah berjaya mengatur program ini dengan cemerlang. perarakan yang pertama kali diadakan ini membiktikan kita mampu melakukan yang terbaik. Keikhlasan , keyakinan dan kesungguhan ternyata membuahkan hasil yang hebat. Semoga sambutan pada kali ini akan menjadi benchmarking bagi sambutan-sambutan lain dan semoga kita dapat meneruskan kecemerlangan ini pada setiap majlis yang diadakan. Di samping itu, kita berharap agar Panitia pendidikan Islam akan dapat meneruskan program-program kerohanian lain dan penubuhan BADAR (Badan Dakwah dan Kerohanian) sekolah akan terjelma.

Friday, February 17, 2012

MEJA BERMAKLUMAT DI KANTIN -KEMBALI SEMULA...11 FEB 2012






TAHNIAH..kepada semua guru khususnya kepada Ketua Panitia Mata Pelajaran yang bertungkuslumus menyiapkan meja bermaklumat di kantin sekolah pada hari sabtu, 11 Febuari 2012 yang lalu. Kegigihan guru dan para pelajarnya yang tidak mengenal putus asa , walaupun sebelum ini , pihak panitia telahpun menyiapkan meja bermaklumat mereka pada tahun 2011 yang lalu. Malangnya disebabkan kesilapan keputusan, pihak Panita Mata pelajaran terpaksa menyediakan meja ini sekali lagi.

Program Meja Bermaklumat ini adalah sebahagian daripada Program Keceriaan , Keselamatan dan Kesihatan sekolah . Ia juga terangkum di dalam program menjadikan sekolah Sebagai Organisasi Pembelajaran, yang bermaksud ilmu dan pembelajaran seharusnya boleh di dapati di mana-mana bahagian sekolah sekalipun. Maklmat dan ilmu pengetahuan di mereata tempat di sekolah ini menjadi sekolah ini sebagai pusat maklumat . Pelajar boleh mendapatkan maklumat di mana- mana sahaja, hatta ketika mereka sedang makan pun, mereka akan memperolehinya. Sekurang-kurangnya, masa makan para pelajar ini akan terisi dengan Program Keilmuan daripada mereka menghabiskan masa dengan berbual kosong atau lebih teruk mengumpat guru-guru mereka atau sesama rakan mereka.

Program ini juga diadakan di dalam format pertandingan. Meja yang terbaik dan lengkap dengan maklumat yang sesuai,menarik dan canggih , akan menerima hadiah di bawah pogram Meja Bermaklumat dan hadiahakan disampaikan di dalam Hari Anugerah Kualiti 2012 yang akan diadakan sekitar bulan September nanti. Pertandingan ini juga adalah juga sebagai persediaan sekolah ini

KURSUS GURU BARU 2012-PERKONGSIAN ILMU










KURSUS UNTUK GURU-GURU BARU SMKTTJ telah berlangsung pada Sabtu, 11 Febuari 2012 yang lalu di Balai Konfrensi dengan dihadiri lebih daripada 10 orang guru. Kursus ini adalah kursus wajib bagi setiap guru baru yang ditempatkan di sekolah ini , bermula pada tahun 2012 ini. Guru baru ini bermaksud guru yang baru sahaja masuk bertugas ke sekolah ini pada tahun berkenaan. namun bagi kursus buat kali pertama ini , pesertanya adalah terdiri daripada semua guru yang baru ditempatkan di sini sejak tahun 2011 yang lalu.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk:

1. Memberikan pendedahan budaya kerja sekolah yang harus difahami dan dipatuhi oleh
setiap guru di sekolah ini.

2. Mendedahkan guru-guru baru ini dengan teknik pengajaran yang berkesan daripada
guru-guru cemerlang dan guru yang berpengalaman.

3. Berkongsi pengalaman terbaik atau "best practices", di antara guru-guru baru dan
guru sedia ada.

4. Menerangkan tentang organisasi sekolah, misi, visi, motto dan slogan sekolah serta
perancangan sekolah.

5. Penyediaan Buku Rekod terbaik.

Antara penceramah yang diundang ke majlis ini pada kali ini ialah:

1. Encik Akashah Ismail, GPK Akademik
2. Tuan Hj. Zakaria Ismail, GPK HEM
3. Pn. Hjh. Zainab Nasir, GPK Ko-Ku
4. Pn. Fadhilah Hashim, KB Teknik dan Vokasional
5. Pn. Hjh. Rosiah , Guru Cemerlang Sejarah

Satu lagi kursus yang sudah dirancang oleh pengurusan sekolah ialah Kursus ICT untuk staf dan guru baru . InsyaAllah iakan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Penganjuran kursus ini sebenarnya adalah suatu budaya yang amat baik dan perlu. Bagi guru baru yang baru masuk ke sesebuah sekolah, mereka memerlukan bimbingan dan panduan bagi melalui kehidupan sebagai guru di sekolah ini. Bimbingan dan tunjukaajar guru-guru lama dan berpengaalaman akan memberikan keyakinan bagi mereka untuk melaksanakan pengajaran di dalam kelas.

Guru-guru baru juga perlu diberikan budaya kerja cemerlang yang perlu ada pada diri mereka. Sebagai guru baru mereka seharusnya membacwa bersama lembaran baru kecemerlangan bersama dengan perubahan tempat dan suasana kerja. Kerapkali juga kedapatan guru baru yang tiba di sesuatu sekolah , membawa bersama mereka budaya kurang profesional di sekolah lama mereka ke sekolah baru. Jika ini berlaku, maka, ia akan medatangkan masalah kepada sekolah baru di mana mereka berada. Guru-guru baru juga kadang-kala terdedah dengan budaya kurang molek yang ada di sekolah baru mereka. Justeru itu mereka perlulah dipersiapkan dan dibuka minda mereka agar dapat membuat pilihan dan keputusan baik akan budaya mana yang perlu diikuti oleh mereka. Kita berasayakin , para guru baru ini mempunyai ketrampilan tinggi dan matang untuk membuat keputusan!

Sebagai sebuah sekolah yang berhasrat untuk menuju ke arah sekolah Berprestasi Tinggi, komitmen, kesungguhan dan kehebatan individu guru di dalam melonjakkan kecemerlangan sekolah amatlah diperlukan. Setiap guru perlu bertindak pantas dan mencipta seberapa banyak kejayaan. Di dalam dunia sekarang, KEPANTASAN dan KECEMERLANGAN adalah 2 perkara yang perlu di dalam menlonjakkan kecemerlangan sekolah. PANTAS mencipta kejayaan, cekap berfikir, cekap dan pantas mengatasi masalah dan mencari jalan alternatif , pantas bertindak di dalam mengeluarkan hasil atau output terbaik dan sebagainya.

KECEMERLANGAN bukan hanya kepada kecemerlangan akademik semata-mata, malahan ia harus meliputi semua aspek. Dalam hal ini , Tuan Pengetua telah menggariskan 14 fokus kecemerlangan yang mesti dicapai oleh setiap warga sekolah.(rujuk Info Terkini).Semoga semua guru baru kita ini akan menunjukkan komitmen dan kesungguhan di dalam pekerjaan mereka dan bersama-sama dengan guru -guru lain meLONJAKKAN KECEMERLANGAN sekolah.

KECERIAAN KELAS








JOM HIAS KELAS....

Aktiviti menghias kelas menjadi antara agenda dalam program Gotong Royong pada hari Sabtu, 11 Febuari 2012yang lalu. Aktiviti menghias kelas ini dijalankan serentak dengan beberapa aktiviti lain pada sepanjang hari berkenaan.

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam menghias kelas ini ialah:

1. Memasang langsir
2. Menyediakan jadual waktu,
3. carta organisasi,
4. jadual tugas
5. headcount
6. Papan maklumat
7. Membersihkan cermin tingkap
8. Membersihkan kelas dan sebagainya.

Keseluruhan aktiviti ini adalah merupakan persiapan bagi perlancaran Program Menggapai Bintang yang akan dilaksanakan di sekolah ini. Melalui program ini , penilaian kelas berasaskan kepada beberapa aspek selain hiasan dan keceriaan kelas. Antaranya ialah:

1. Pencapaian peperiksaan
2. Pengurusan headcount
3. Kehadiran pelajar ke sekolah
4. Rakan Buku Teks
5. Penglibatan pelajar di dalam ko-Kurikulum
6. Kehadiran ibu bapa di dalam majlis sekolah
7. Disiplin dan lain-lain lagi.

Hasil daripada pemerhatian pada minggu ini didapati hampir semua kelas telahpun dihias dengan cantik. Cuma apa yang perlu ditingkatkan adalah beberapa aspek berkaiatan dengan:

1. kebersihan lantai
2. Pengurusan sampah dan peralatan seperti penyapu, pemadam dan sebagainya.
3. Susunan meja dan kerusi
4. Pematuhan program 5 minit sebelum balik
5. pembudayaan headcount di dalam kelas
6. Target dan KPI kelas
7. Slogan kelas

Penilaian kebersihan kelas pada tahun ini juga sudah diubah. penilaian bukan untuk mencari satu kelas terbaik sahaja, tetapi untuk menilai kelas yang mencapai satu tahap tertentu untuk diiktiraf sebagai kelas terbersih berdasarkan pencapaian minimum 80 markah.Bagi penilaian mingguan ini , kelas yang mencapai tahap tersebut akan diberikan 1 bintang dan jumlah bintang ini akan dikumpulkan untuk memenangi gelaran johan kelas terbaik di dalam Program Mnggapai Bintang pada hujung tahun ini.

Apa yang dihgarapkan ialah agar para pelajar dan guru-guru menerima perubahan ini ke arah kebaikan. Pembelajaran yang baik sudah pastilah datangnya daripada persekitaran pembelajaran yang baik dan mampu merangsang minda, selesa, cantik dan bermaklumat. Semoga para pelajar juga akan berbangga dengan kelas mereka dan mampu menerapkan budaya kerjasama dan teamwork di kalangan mereka.

Para pelajar dan seluruh warga sekolah juga harus sedar dengan perkembangan yang berlaku di sekitaran mereka. kini, SMKTTJ semakin mendapat perhatian di kalangan penjaga, masyarakat dan JPNS. Kita akan lebih kerap dilawati oleh beberapa pihak luar .Justeru itu, wajarlah kita mempunyai imej yang cemerlangan , yang boleh kita banggakan.

Harapan kita adalah supaya setiap warga sekolah menjaga akan dapat mengekalkan keceriaan dan terus memikirkan , "apa lagi yang mampu kita lakukan untuk kecemerlangan sekolah kita ini.."

Wednesday, February 15, 2012

Perjumpaan Profesional Pengetua dan pelajar tingkatan 5-14 feb 2012



BERMULA 14 feb 2012, bermulalah satu lagi siri program ke arah meLONJAKKAN KECEMERLANGAN sekolah khususnya bidang akademik , iaitu Program Perjumpaan Profesional Pengetua dan Pelajar Tingkatan 5 sessi 2012.

Perjumpaan ini dimulakan dengan pertemua Tuan Pengetua dengan pelajar 5UIA di pejabat Tuan pengetua sendiri. Perjumpaan ini akan berterusan bagi semua pelajar tingkatan 5 dan akan diikuti dengan pelajar tingkatan 3 .Perjumpaan turut disertai oleh Guru Kaunseling iaitu, Encik Paramesivam dan Puan NoAzian Abdul Hani.

Tuan Pengetua telah menggariskan 4 tujuan utama perjumpaan ini.
:

1. Menyampaikan harapan pihak sekolah terhadap mereka dalam mencipta kejayaan cemerlang di dalam SPM dan menyedarkan pelajar akan tanggungjawab mereka dan peranan yang sepatutnya mereka mainkan di dalam mencapai kecemerlangan.

2. Menyedarkan keperluan mereka menjaga akhlak dan menjadi pelajar contoh serta melengkapkan diri mereka dengan nilai tambah sebagai persediaan mereka aapabila keluar dari sekolah ini nanti.

3. Membincangkan masalah mereka dan menawarkan bantuan untuk mereka meningkatkan kecemerlangan mereka.

4. Memberikan tips dan motivasi kecemerlangan diri.


Dalam hal ini diharapkan , perjumpaan ini tidak disalah anggap oleh sebahagian guru sebagai strategi memerangkap guru. Sebenarnya niatnya ialah untuk membantu menyelesaikan masalah pelajar dan mendapatkan maklumat secara direct dan bantuan dapat disalurkan terus dan disampaikan kepada semua pihak dengan segera tanpa ada birokrasinya. Dalam perjumpaan ini , Tuan Pengetua lebih menekankan kesedaran diri pelajar untuk berjaya.

Antara dapatan yang diperolehi setakat 2 kelas utama ini ialah:

1. Pelajar menghadapi masalah pada topik di tingkatan 4
2. Pelajar kita lambat bertindak dan tidak selaridengan usaha guru. Guru-guru laju mengejar silibus sebagai persediaan mengadakan gerak gempur, tetapi pelajar lambat menyiapkan kerja dan latihan yang diberikan dan pelajar tidak bersedia mengikuti pembelajaran kerana tidak respon kepada arahan guru.
3. Pelajar juga ramai yang tidak mempunyai strategi pembelajaran yang berkesan, tiada perancangan, sasaran dan banyak bergantung kepada guru .

Sebenarnya perkara-perkara berkaitan inilah mahu kita selesaikan. Pengetua juga menekan tentang disiplin diri dan komitmenyang harus dibuat oleh pelajar untuk berjaya.

Kita berharap agar program ini akan berterusan. Perjuampaan di dalam suasana santai ini diharapkan akan dapat membuka minda pelajar untuk membuat perubahan ke arah kecemerlangan. Bantuan akan diberikan sepenuhnya kepada pelajar.Namun pelajar juga perlu memberikan komitmen yang jitu.

Tuan Pengetua juga akan memastikan setiap pelajar punyai target pencapaian individu sebagi ingatan mereka.

Pengetua juga akan memberikan komitmen untuk memantau pencapain dan disiplin mereka secara terus. Sebarang salahlaku dan sikap malas mereka akan terus dilaporkan kepada pengetua dan akan diambil tindakan oleh Tuan Pengetua sendiri.

Diharapkan agar program ini akan memberi impak besar terhadap kesedaran mereka untuk berjaya dengan cemerlang.

Akhir sekali, ada pepatah:

"Kita boleh membawa kuda ke sungai untuk minum,
Tetapi kita tidak boleh memaksanya minum"

Saturday, February 4, 2012

Program Elite/ KRK dan Lonjakan Saujana 2012 -4 FEBUARI 2012

















ALHAMDULILLAH...Program pertama sessi 2012 ini dapat dilangsungkan dengan cemerlang. Majlis Perlancaran dan Perasmian Program Elite, KRK dan Lonjakan Saujana pada hari ini dirasmikan oleh YB Senator Dr Yeow di ruang legas sekolah dengan dihadiri oleh semua pelajar dan ibu bapa pelajar kelas UIA, UM dan UKM dari tingkatan 1,2 dan 3. Turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini ialah YDP PIBG, Encik Muhammad dari PPD Seremban dan para guru yang terlibat sebagai jawatankuasa dan mentor kepada para pelajar ini.

Sejumlah hampir 270 pelajar yang terlibat di dalam program ini. Di samping itu, para pelajar ini seb ahagiannya juga termasuk di dalam program Lonjakan Saujana seramai 60 orang pelajar. Program Lonjakan Saujana ini terdiri daripada para pelajar dalam kategori Terbilang (sasaran mencapai semua A), Cemerlang (sasaran minimum 6 A) dan pelajar Harapan ( sasaran Lulus).

Tujuan program ini diadakan adalah :

1. Menyediakan kelompok pelajar yang akan memacu kejayaan cemerlang sekolah di dalam peperiksaan awam nanti.

2. Mempersiapkan para pelajar dengan latihan tersusun dan pemantauan rapi sejak dari tingkatan 1 lagi.

3. Memastikan para pelajar mempunyai jumlah latihan yang mencukupi menjelang tarikh pperiksaan sebenar,

4. Memastikan pemantauan sama oleh ibu bapa di rumah di samping guru-guru di sekolah.

Para pelajar dalam program Elite dan KRK ini dibekalkan dengan buku latihan percuma sumbangan sekolah , 8 naskah seorang. Para pelajar akan membuat latihan melalui buku-buku ini mengikut jadual yang disediakan . Pencapaian dan disiplin pelajar akan dipantau secara rapi oleh para guru dan ibu bapa di rumah. Mereka juga dibekalkan dengan mentor yang terdiri daripada para guru mata pelajaran mereka. Apa yang diharapkan, agar melalui program ini , kita akan dapat menyediakan para pelajar kita dengan latihan yang sistematik dan seterusnya akan memastikan pencapaian akaa akademik kita akan meningkat cemerlang.

Taklimat program telah disampaikan oleh Encik Akashah Ismail (GPK Akademik) dan kata aluan oleh Tuan Pengetua sendiri. Sambutan ibu bapa amat-amat baik dan hampir semua pelajar hadir.

Tahniah diucapkan kepada semua, khususnya para guru yang telah bekorban tenaga, masa dan kelapangan masa demi untuk membantu kejayaan anak didik kita ini. Moga-moga Allah akan sentiasa melindungi mereka dan sihat serta mendapat keberkatan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...