SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, May 7, 2011

TAHNIAH HAJI DAN HAJAH SMK TTJ...KURSUS IBADAH HAJI PRKT SMK TTJ 2011






ALHAMDULILLAH...hari ini berlangsunglah salah satu program kerohanian di sekolah ini iaitu Kursus Ibadah Haji Peringkat sekolah. Kursus ini adalah anjuran Panitia Agama Islam dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Seremban dan fasilitator terlibat. Hampir semua pelajar tingkatan 5 melibatkan diri di dalam program ini. Ternyata , para pelajar amat bersemangat mengikuti kursus ini dan mengikutinya dengan penuh disiplin.

Penglibatan pelajar kita juga mendapat pujian fasilitator apabila para pelajar menunjukkan dsiplin tinggi dan dapat menjawab soalan-soalan berkaitan ibadah haji dengan cemerlang.

Program ini sebenarnya bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai ibadah haji secara praktikal kepada semua pelajar khususnya pelajar tingkatan 5, selari dengan sukatan pelajar mereka . Ia juga bertujuan untuk membantu pemahaman pelajar tentang ibadah haji untuk kemudahan mereka menjawab soalan ini di dalam peperiksaan SPM nanti.

Rata-rata pelajar melahirkan rasa bangga dan yakin mereka mampu memperolehi pemahaman yang lebih detail tentang subjek.

InsyaAllah, pihak panitia pasti akan merancang program-program lain dan antaranya ialah Program Amali Sembelihan pada bulan Julai nanti.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, khusu kepada semua ustaz dan ustazah dan pelajar tingkatan 5 .

1 comment:

PANITIA TASAWWUR ISLAM said...

Alhamdulillah dengan adanya kerjasama semua pihak terutama dalam kalangan ahli panitia setiap program yang dirancang pasti dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Insyaallah kami akan merancang program sembelihan yang akan melibatkan pelajar Islam Ting. 4.p
Manakala pelajar Islam Ting. 3 pula akan mengikuti Kursus Pengurusan Janazah esok ( Isnin 9 Mei 2011 ).
Semoga program ini juga dapat berjalan lancar sebagaimana yang dirancang dengan adanya komitmen padu daripada Tn.Pengetua dan Panitia Pendidikan Islam khususnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...