SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Tuesday, May 17, 2011
SELAMAT HARI GURU..BUAT SEMUA CIKGU YANG DIHORMATI...
SELAMAT HARI GURU ...buat semua guru yang berjasa kepada pembangunan negara dan membina insan yang berguna...Walaupun , kerapkali jasa dan sumbangan guru dipandang rendah dan diperlekehkan...kita yakin semua guru bangga dengan kerjaya mereka...
Pada masa kini, tugas guru sudah jauh lebih berat dan memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Tugas guru bukan hanya setakat mengajar di dalam kelas tetapi yang lebih penting ialah menyediakan para pelajar kita untuk menjadi insan berguna apabila keluar nanti dan diterima oleh pasaran...Justeru itu, ilmu pengetahuan tentang subjek sudah tidak memadai lagi...pelajar perlu dibekalkan dengan kemahiran terkini tentang ICT, sosial dan yang paling penting adalah membekalkan ilmu akhirat dan akhlak mulia di samping sikap yang positif. Ini sudah pasti akan menjadi satu tugas yang amat sukar...Ditambah dengan cabaran yang pelbagai, guru harus sudah bersedia dengan segala ilmu dan kemahiran dan pengetahuan bagaimana untuk menghadapi cabaran tersebut...
Tugas guru kalau ditimbangkan dengan neraca wang dan upah..sudah pasti akan membuat kita hampa...memang, kadangkali apa yang kita korbankan, memang tidak berbaloi dengan upah yang kita terima..guru bukan lagi bertugas dari 7 pagi hingga 2 petang. Kini tugas guru sudah melangkaui masa dan lingkungan tugas hakiki mereka. Namun , yakinlah wahai rakan guru...sesungguhnya apa yang kita mahukan daripada tugas kita ini adalah:
1. Keredhaan Allah terhadap tugas kita
2. Rezeki yang Halal
3. Kepuasan diri kerana dapat menyumbang sesuatu
4. Maruah, dan integriti diri
5. Kecemerlangan anak didik kita
6. Kecemerlangan organisasi
Sematkanlah di dalam hati dan yakinkanlah bahawa...rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit...rezeki Allah maha luas dan pelbagai bentuknya dan Dia memberikannya mengikut kemampuan orang tersebut...
Kuatkanlah tekad dan azam kita...
SELAMAT hARI gURU....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment