SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, May 1, 2011

PROGRAM KEROHANIAN SETIAP JUMAAT












Alhamdulillah...seperti yang dirancangkan, program kerohanian di SMK TTJ memasuki fasa kedua dengan perlaksanaan pengisisan program yang antara lainnya ialah, bacaan yasin , solat taubat dan solat hajat pada setiap minggu. Bagi minggu ini, perlaksanaannya dilakukan di Dataran Cendiakawan SMK TTJ dengan melibatkan semua pelajar islam sekolah ini. Majlis ini dipimpin oleh Ustaz Nizam dan bermula sekitar jam 7. 20 pagi.

Acara minggu ini adalah penambahbaikkan daripada program terdahulu iaitu dengan melibatkan semua pelajar dan guru-guru Islam berbanding dengan sebelumnya yang hanya melibatkan pelajar tingkatan 3 dan 5 yang diadakan di surau sekolah.

Apa yang diharapkan melalui program ini ialah, supaya kita terus memohon keberkatan dan kekuatan di dalam menjalankan segala tugas dan dalam menghadapi peperiksaan dan pelajaran seharian. Ia juga adalah merupakan satu galakan kepada setiap pelajar Muslim agar terus memantapkan akhlak dan roh islamiah dalam menjadi insan mulia. Kekuatan doa melalui bacaan yasin dan solat hajat diharapkan akan menambahkan kekuatan jiwa untuk terus berdoa dan bergantung harap kepada Allah dalam usaha kita mencapai kecemerlangan.

Melalui program ini juga diharapkan akan dapat mendidik para pelajar dengan sikap saling hormat menghormati dan menjalinkan ukhwan sesama islam melalui bersalaman dan salang bermaafan pada setiap kali penghujung program tersebut. Diharapkan juga hubungan ikrab dan tulus antara pelajar dan pelajar serta antara guru dan pelajar akan dapat mewujudkan suasana harmoni di sekolah ini. Ini selaras dengan Program Salam yang dilancarkan oleh pihak sekolah sebelum ini.

Pihak sekolah turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan Bomba Senawang yang telah membantu membersihkan kawasan dataran sehari seblum berlangsungnya program ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...