SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Tuesday, May 17, 2011
SELAMAT BERSARA TUAN PPD TAMPIN..TUAN HJ. MAD ARIS AZIS
Selamat Bersara dan semoga beroleh ketenangan dan kebahagiaan selepas memberikan perkhidmatan terbaik selama 35 tahun sejak dari tahun 1977 hingga 2011. Tarikh persaraan beliau jatuh pada hari jadi yang ke 58 iaitu pada 4 Mei 2011 tempohari.
Persaraan beliau saya coretkan di sini kerana bukan hanya sebagai menghormati beliau sebagai ketua saya semasa di SMK Jelai Felda yang terletak di bawah PPD Tampin, malahan lebih sebagai seorang sahabat dan rakan sekerja selama berkhidmat di SMK Dato Sedia Raja, Rembau sejak tahun 1985 dahulu sehingga 1998 apabila kami sama-sama dinaikkan pangkat sebagai GPK Hem. Saya ke SMK Mambau dan beliau ke SMK Dato Abdullah , Rembau. Sehinggalah akhirnya , saya sempat berkhidmat dibawah pimpinannya apabila saya ke SMK Jelai Felda selama 2 tahun 9 bulan. Sebelum itu hubungan kami amat rapat apabila sama-sama menjadi pengadil bolasepak sehingga ke peringkat Kebangsaan dan saya berpeluang bertugas sebagai pengadil di peringkat Antarabangsa (FIFA)
Sepanjang tugas beliau sebagai ketua di PPD Tampin, saya melihat ketokohan beliau dengan sikap tenang, teliti dan sabar yang cukup tinggi.. Sikap sabarnya ini membuatkan beliau susah untuk meluahkan rasa marahnya..apatah lagi untuk mengherdik atau menengking orang bawahannya...Tidak hairanlah , persaraannya diraikan dengan penuh hormat dan hebat...Seperti kata Tuan pengarah Pelajaran N. Sembilan, hanya 2 orang sahaja dalam sejarah hidupnya sebagai pendidik, melihat ketua pendidik yang diraikan dengan kereta antik semasa persaraannya dan ini membuktikan betapa orang bawahannya menyayanginya..
Terima kasih di atas segala-galanya , khususnya bantuan dan sokongan kepada saya semasa di SMK Jelai Felda. Banyak bantuan dan bimbingan yang diberikan dan sudah pasti ia akan menjadi kenangan dan diabadikan di dalam sanubaru warga SMK Jelai Felda sebagai bukti sokongan terhadap kami dulu...
"SELAMAT BERSARA DAN SEMOGA BERBAHAGIA..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment