SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, May 1, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN TAKLIMAT PIALA GOTHIA SWEDEN







Bertempat di Bilik KONFRENSI SMK Taman Tuanku Jaafar, satu pertemuan di antara ibu bapa dan penjaga pemain bola sepak perempuan dengan Penaja perlawanan bola sepak perempuan iaitu Syarikat SKF, Nilai. Pihak syarikat SKF diwakili oleh Pengarah Urusan iaitu Encik Larsberglie dan Encik Amin selaku pegawai sumber manusia SKF.

Perjumpaan tersebut juga dihadiri oleh Pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar, Encik Omar b Ahmad, Penolong Kanan Ko-kurikulum Puan Hajah Zainab bt Mohd Nasir, Tengku Elie selaku penaung Persatuan Bolasepak Perempuan Negeri Sembilan, Puan Moganambal dan Puan Yusrina Hanim iaitu pengurus pasukan dan jurulatih pasukan bolasepak perempuan sekolah.

Pasukan bolasepak akan berlepas ke Sweden pada bulan Julai untuk menyertai kejohanan bolasepak perempuan junior dunia. Sebanyak 180 buah Negara dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang akan berlangsung dalam musim panas. Tahniah buat pasukan bolasepak perempuan sekolah yang ditaja sepenuhnya oleh Syarikat SKF iaitu tiket pergi dan balik, penginapan 11 hari 10 malam dan 2 pasang jersi kepada semua pemain.

Pada pertemuan itu juga, Encik Larsberglie, CEO SKF Malaysia , telah sudi menyampaikan hadiah kemenangan pertandingan Piala Gothia peringkat negeri Sembilan kepada semua pemain.

Apa yang diharapkan agar semua pemain akan dapat meningkatkan lagi latihan untuk persiapan ke Sweden supaya pasukan kita mampu memberikan saingan kepada pasukan lain di pertandingan itu nanti.

Kita juga berharap agar pihak SKF akan terus memilih pasukan Bolasepak Wanita sebagai wakil ke pertandingan tersebut pada tahun hadapan. Untuk itu, pihak sekolah telah bersetuju untuk menjadikan bolasepak wanita ini sebagai watak sekolah dengan merancang Projek Pembangunan Bolasepak wanita peringkat sekolah. Kiata berharp akan dapat melaksanakannya pada tahun ini . Anatara perancangan itu adalah:

1. Pencarian bakat baru kepada pelajar tahun 5 dan 6 di sekolah rendah
2. Mewujudkan kelas bolasepak wanita di sekolah ini.
3. Mewujudkan skim Insentif Kecemerlangan Bolasepak sekolah
4. Merancang perlawanan persahatan lebih kerap dengan pasukan yang hebat di negara
ini atau di luar negara.
5. Menyediakan skim pemakanan vitamin kepada pemain
6. Kelas tusyen khas bagi pemain.

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan pelapis bagi pemain sedia ada agar pasukan kita terus gah tanpa dapat digugat oleh sekolah lain.

Perbincangan awal telahpun dilaksanakan bersama Yang Mulia Tengku Ellie, naib Presiden Persatuan Bolasepak Wanita Malaysia. Pada dasarnya beliau amat tertarik dan bersedia membantu ke arah itu.

Diharapkan , warga sekolah akan menyahut cabaran ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...