SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Thursday, January 6, 2011
INOVASI 2011- KEDAI ROTI &KEK PPKI SMK JELAI FELDA
TAHUN 2011 ini PPKI (Program Pendidikan Khas Intergrasi ) SMK Jelai Felda mengorak satu lagi usaha dan inovasi dengan terhasilnya 'Kedai Roti dan Kek PPKI' yang diusahakan oleh para pelajar dan guru serta pembantu pelajar PPKI.
Tujuan kedai ini diwujudkan adalah selain sebagai suatu aktiviti MPV bagi pelajar, iaitu juga adalah sebagai:
1. satu usaha menyediakan peluang untuk pelajar dan bekas pelajar belajar membuat roti dan kek melalui bimbingan para guru dan staf.
2. Menyediakan platform bagi bekas pelajar PPKI bekerja di kedai tersebut sebagai sumber pendapat mereka.
3. Menyedikan dana bagi menampung aktiviti PPKI termasuklah menjagi kebajikan pelajar
4. Melatih pelajar berniaga dan menguruskan perniagaan mereka.
Hasrat ini terhasil daripada pemerhatian terhadap nasib beberapa bekas pelajar yang tidak mendapat sebarang tempat dalam pekerjaan selepas tamat persekolahan dan tiada aktiviti yang dapat menjamin kelangsungan hidup mereka. Diharapkan dengan wujudnya kedai roti ini dapatlah mereka berlajar sambil bekerja di dalam industri pembuatan makanan bagi tujuan masa depan mereka.
Pihak PPKI setakat ini telah mengenalpasti beberapa bekas pelajar yang akan diambil belajar sambil bekerja di kedai roti ini.
Kedai ini bergabung di bawah Koperasi Sekolah dan ia merupakan satu daripada cabang aktiviti koperasi yang mana segala urusan berkaitan kedai ini akan dijalankan oleh PPKI. Kedai Roti PPKI SMK Jelai Felda juga berhasrat agar dapat menarik seramai mungkin warga sekolah dan ibubapa yang berhasrat untuk menjadi ahli dan menyumbang saham di dalam kedai ini.
Buat masa ini Kedai Roti ini beroperasi di Blok PPKI dengan modal yang dipinjamkan oleh PIBG sekolah. Pihak Kedai dan sekolah masih mengharapkan bantuan daripada orang perseorangan dan pihak tertentu yang sudi menampung kos operasi kedai ini. Kerjakerja memohon peruntukan telah juga dihantar kepada wakil rakyat kawasan untuk membantu usaha ini.
Sambutan yang diberikan oleh warga sekolah amat merangsangkan. Setakat ini pihak kedai Roti dan Kek masih tidak dapat menampung permintaan yang tinggi daripada warga sekolah kerana kekurangan kakitangan dan modal untuk menambah peralatan dan keperluan bahan mentah. Setakat ini beberapa jenis roti dan kek telah dikeluarkan oleh Kedai Roti PPKI SMK Jelai Felda, Kualiti dan mutu dari segi rasa dan kemasan adalah setanding dengan roti dan kek yang dijual di pasaraya-pasaraya besar.
Sekalung tahniah kepada Pn. Saniah, guru-guru dan staf PPKI yang mampu merealisasikan impian ini. Tahniah juga kepada semua warga sekolah yang telah memberikan sokongan yang cukup hebat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment