SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, January 27, 2011

SUMBANGAN KERUSI RODA DAN TONGKAT UNTUK BILIK KESIHATAN SMK JELAI FELDA







Alhamdulillah...pada hari ini Bilik Kesihatan SMK Jelai Felda menerima sumbangan kerusi roda dan tongkat daripada penyumbang untuk kegunaan sekolah dan masyarakat yang memerlukan. Penyerahan sumbangan dilakukan oleh Tuan Pengetua mewakili keluarga berkenaan kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Tuan Syed Nasser Syed Mohiddeen (GPK Hem)di bilik kesihatan sekolah.

Pihak sekolah bersedia memberikan kemudahan meminjam alat ini untuk tempoh tertentu kepada mereka yang memerlukan sehingga mereka mendapat bantuan dan sumbangan daripada pihak lain. Oleh itu tempoh pinjaman akan dihadkan kepada maksimum 3 bulan sahaja. Ini bertujuan bagi membolehkan alat ini digunakan oleh peminjam lain yang memerlukan.

Buat masa ini , pihak sekolah telah menerima permohonan daripada keluarga pelajar yang mengalami kemalangan jalanraya.

Pihak sekolah juga berharap agar ada pihak -pihak yang berminat untuk menyumbang peralatan seperti ini untuk ditempatkan di bilik kesihatan sekolah. Secara tidak langsung pihak sekolah dapat memberikan sumbangan kepada komuniti setempat yang memerlukan bantuan. Buat masa ini Bilik Kesihatan telah pun mempunyai beberapa alat asas untuk kegunaan pelajar dan warga sekolah seperti penimbang, alat ukuran tekanan darah dan 3 unit katil yang ditempatkan di 2 buah bilik .

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada penyumbang berkenaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...