SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, January 23, 2011

WANITA SOLEHAH

Wanita Solehah: Ummu Sulaim Binti Malhan
Posted on November 22, 2010 by sitik

Kisah Teladan….

Ia tergolong wanita yang sangat utama. Semua orang hanya mengenal kinayahnya (nama panggilannya). Adapun nama sebenarnya diperselisihkan di kalangan ahli sejarah. Ada yang menyebutnya Sahlan, ada yang mengatakan Rumaitsah, ada yang mengatakan Mulaikah, dan ada pula yang mengatakan Umaisha atau Rumaisha.

Terlepas daripada semua perbezaan itu, dia adalah Ummu Sulaim, ibn Anas bin Malik pelayan setia Rasulullah SAW.

Bagaimanakah kisahnya bersama Malik?

Ia dikahwini oleh Malik bin An Nadhar pada zaman jahiliyah, lalu mempunyai seorang anak lelaki bernama Anas sebelum ia memeluk Islam. Ia memeluk Islam bersama angkatan pemula dari kalangan Anshar, maka Malik marah dan berkata kepadanya, “Apakah engkau meninggalkan agamamu dan agama nenek moyangmu?”

Ummu Sulaim menjawab, “Tidak, cuma aku beriman kepada lelaki ini.”

Kemudian ia mengajari Anas dengan mengatakan, “Ucapkanlah: Asyhadu anlaa ilaaha illallah wa Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah.”

Mendengar hal itu, malikmarah dan berkata kepadanya, “Jangan engkau rosakkan anakku!”

Ummu Sulaim menjawab, “Aku tidak merosakkannya.”

Pada suatu ketika, Malik pergi ke Syam dan di tengah jalan ia bertemu musuh, lalu dia dibunuh. Ketika berita kematiannya ini samapi kepada Ummu Sulaim, dia berkata, “Aku tidak akan berhenti menyusukan Anas sehingga ia sendiri yang tidak mahu menyusu lagi.”

Ummu Sulaim pernah berkata, “Aku tidak akan kahwin lagi sehingga Anas dewasa dan ikut dalam majlis-majlis.”

Lalu Anas menjawab, “Mudah-mudahan Allah membalas kebaikan ibu, ia telah memeliharaku dengan baik.”

Ujian Kedua

Ummu Sulaim dilamar oleh Abu Thalhah yang masih musyrik, lalu dia menolak sambil berkata, “Wahai Abu Thalhah, apakah engkau tidak tahu bahawa yang engkau sembah itu adalah batu yang tidak dapat memberi mudarat dan manfaat kepadamu? Atau apakah kayu yang dibuat oleh tukang kayu, dipahat dan dibentuknya dia dapat memberi mudarat dan manfaat kepadamu? Apakah engkau tidak malu menyembah semua itu? Jika engkau mahu masuk Islam maka aku tidak mengharapkan mas kahwin selain ke Islamanmu.”

Maka hati Thalhah tertarik pada Islam, dan dia kemudian mengucapkan dua kalimah syahadah. Lalu ia kahwin dengannya dengan mas kahwin masuk Islamnya Abu Thalhah itu.

Wahai, alangkah baiknya jika kita memelihara cara ini dalam memilih suami, iaitu kita tidak memberati si Muslim dengan sesuatu yang menyukarkan.

Ummu Sulaim telah meriyatkan sebanyak 14 buah hadis dari Rasulullah SAW, 4 hadis di antaranya diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim, sebuah hadis diriwayatkan oleh Bukhari sendiri dan sebuah hadis diriwayatkan oleh Muslim sendiri.

Dalam Peperangan Uhud, Ummu Sulaim menunjukkan peranannya memberi minum orang-orang yang haus dan mengubati orang-orang yang luka.

Ibnu Saad meriwayatkan dengan sanad sahih bahawa Ummu Sulaim membawa badik (pisau kecil) pada waktu Perang Hunain. Maka Abu Thalhah berkata, “Wahai Rasulullah, ini Ummu Sulaim, dia membawa badik.” Ummu Sulaim menambah, “Saya membawa badik. Jika ada orang musyrik mendekati saya, maka saya robek perutnya, dan saya bunuh orang-orang yang berlari darimu sebagaimana engkau membunuh orang-orang yang memerangimu, kerana mereka memang layak diperlakukan begitu.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Ummu Sulaim, sesungguhnya Allah telah memberi kecukupan dan kebaikan.”

Ibnu Hajar meriwayatkan dengan sanadnya, katanya: Kami diberitahu oleh Muslim bin Ibrahim: Kami diberitahu oleh Ribii bi Abdullah bin Al-Jarud: Anas bin Malik telah menceritakan kepadaku bahawa Nabi SAW pernah mengunjungi rumah Ummu Sulaim, lalu ia memberi hadiah kepada beliau dengan sesuatu yang dibuatnya sendiri.”

Tidak menghairankan bila Ummu Sulaim boleh membuat ini dan itu, kerana dia adalah wanita Anshar, dari suku Khazraj dan berketurunan kepada Adi bin An Najjar, seorang tukang kayu.

Ibnu Hajar juga meriwayatkan bahawa Anas bercerita kepada mereka, katanya, “Rasulullah SAW tidak memasuki rumah selain rumah Ummu Sulaim kecuali isteri-isteri beliau. Maka hal ini pun pernah ditanyakan oleh orang kepada beliau, lalu beliau menjawab, “Saya menyayanginya, saudaranya dan ayahnya gugur ketika perang bersama saya.”

Saudaranya ialah Haram bin Malhan yang mati syahid, yang pada waktu perang Bir Malunah, ketika ia terkena lembing hingga tembus dada dan punggungnya, ia berkata, “aku beruntung, demi Tuhan Pemilik Kaabah.” Semoga Allah meredhainya.

Sedangkan jawapan tentang masuknya beliau dalam rumah Haram dan saudara perempuannya ialah kerana keduanya diam dalam satu rumah.

Anas Melayani Nabi SAW

Diriwayatkan dalam ash-Shahih dari Anas bahawa ketika Nabi SAW datang ke Madinah, Ummu Sulaim berkata, “Wahai Rasulullah, ini Anas yang akan melayanimu.”

Pada waktu itu Anas baru berumur sepuluh tahun, lalu ia melayani Nabi SAW sejak beliau datang ke Madinah hingga wafat. Dengan demikian Anas terkenal sebagai pelayan Nabi SAW.

Imam Al-Qurthubi berkata, “Pada waktu Perang Hunain, Ummu Sulaim berada di antara orang-orang yang bertahan bersama Rasulullah SAW. Pada waktu itu dia memegang unta Abu Thalhah sambil membawa badik untuk melindungi Rasulullah SAW.”

Imam Muslim menulis bab khusus dalam kitab saihihnya mengenai keutamaan Abu Thalhah Al-Anshari dan isterinya, Ummu Sulaim.

Dan bagi wanita muslimah, dia harus mengetahui sebahagian dari keturunan Ummu Sulaim, iaitu bagaimana sikapnya menghadapi kesulitan? Bagaimana kesabarannya dan bagaimana dia menghadapi ujian dengan keimanan dan kemantapan hati, dengan tiada bergoncang sedikitpun.

Diriwayatkan dari Anas ra, dia bercerita:

“Anak Abu Thalhah, hasil perkahwinannya dengan Ummu Sulaim, meninggal dunia. Maka Ummu Sulaim berkata kepada keluarganya, “Janganlah kamu menceritakannya kepada Abu Thalhah hingga aku sendiri yang menceritakannya.”

Ketika Abu Thalhah datang, Ummu Sulaim mendekatinya dan menghaidangkan makanan malam untuknya, lalu ia makan dan minum. Setelah itu, ummu Sulaim bersolek dengan sangat cantik melebihi waktu-waktu sebelumnya hingga Abu Thalhah tertarik dan mengajaknya tidur bersama. Setelah kenyang dan puas melakukan hubungan intim, ummu Sulaim bertanya, “Wahai Abu Thalhah, bagaimana pendapatmu, bila suatu kaum meminjami sesuatu kepada suatu keluarga, lalu kaum itu meminta kembali pinjamannya, bolehkah keluarga tadi melaranginya?”

Abu Thalhah menjawab, “Tentu tidak boleh.”

Ummu Sulaim berkata, “Kalau begitu, relakanlah anakmu yang telah diminta kembali oleh Yang Punya.”

Abu Thalhah marah seraya berkata, “Engkau biarkan aku kotor seperti ini, baru setelah itu kau beritahu tentang keadaan anakku?”

Keesokan harinya Abu Thalhah pergi berjumpa Rasulullah SAW memberitahu peristiwa yang dialaminya semalam. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Mudah-mudahan Allah memberi barakah kepada kamu berdua dalam malam pengantinmu berdua malam tadi.”

Kemudian Ummu Sulaim hamil.

Rasulullah SAW biasa berpergian bersama Abu Thalhah dan Ummu Sulaim. Pada suatu hari ketika mereka sudah siap-siap hendak berangkat, tiba-tiba Ummu Sulaim merasa perutnya sakit kerana hendak bersalin. Maka Abu Thalhah tidak jai berangkat, dan rasulullah berangkat sendirian.

Abu Thalhah berkata, “Wahai Tuhan, sesungguhnya Engkau tahu bahawasanya aku senang sekali menyertai Rasulullah SAW dalam berpergian, keluar dan masuk bersamanya. tetapi Engkau tahu bahawa pada saat ini aku berhalangan.”

Lalu Ummu Sulaim berkata, “Wahai Abu Thalhah, aku tidak merasakan apa yang tadi aku rasakan. Kerana itu berangkatlah!” Maka berangkatlah mereka.

Ketika keduanya sudah datang kembali, Ummu Sulaim mmerasa perutnya sakit lagi dan hendak bersalin. Tidak lama kemudian ia melahirkan seorang anak lelaki. Setelah melahirkan, ibu berkata kepadaku, “Wahai Anas, tidak boleh seorang pun menyusui bayi ini sehingga engkau membawanya kepada Rasulullah SAW esok pagi.”

Keesokan harinya saya bawa anak itu kepada Rasulullah SAW dan saya berselisih dengan beliau yang waktu itu sedang membawa alat untuk memberi cap pada binatang. Ketika melihat saya beliau bertanya, “Apakah Ummu Sulaim sudah melahirkan?” Saya jawab, “Benar.”

Lalu beliau meletakkan alat itu, dan saya bawa anak itu kepada Nabi SAW untuk selanjutnya diletakkan di pangkuannya. Kemudian beliau minta kurma Ajwah dari Madinah, lantas dikunyahnya hingga lumat. Setelah itu diambilnya dan dimasukkan ke dalam mulut bayi itu, dan bayi itu pun menggerak-gerakkan mulutnya. Lalu beliau bersabda, “lihatlah kesukaan orang Anshar terhadap kurma!” Kemudian beliau usap wajahnya dan beliau beri nama ABDULLAH.

Selanjutnya, Abu Thalhah diberi ramai anak, dan sepuluh orang di antaranya hafal Al-Quran.

Petikan Buku: Wanita Istimewa Di Sisi Rasulullah SAW ~ Ahmad Fikri Yaaseen

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...