SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, January 10, 2011

LANGKAH PENJIMATAN

Bagi menghadapi masalah ekonomi pada tahun ini, pihak sekolah telah memaklumkan beberapa langkah penjimatan yang perlu dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua warga sekolah.Beberapa langkah penjimatan hendaklah dilakukan dan diambil tindakan oleh semua pihak. Antaranya ialah:

1. Pemasangan kipas dan penghawa dingin hanya dibenarkan selepas jam 9 pagi pada setiap hari.
2. Padamkan dan tutup suis lampu, penghawa dingin, kipas dan segala peralatan elektrik semasa meninggalkan bilik atau ketika tidak digunakan.
3. Kurangkan tahap kedinginan pada alat penghawa dingin dan kelajuan kipas.
4. Pemasangan lampu pada waktu malam , hanyalah di koridor aras bawah bangunan sahaja.
5. Kurangkan penggunaan pendingan hawa di makmal komputer terutama ketika tiada
aktiviti pembelajaran berlaku.
6. Bertindak menutup mana-mana suis lampu atau kipas yang dilihat terpasang di
mana-mana bahagian bangunan sekolah.
7. Semua guru hendaklah memaklumkan langkah penjimatan ini kepada semua pelajar di
dalam kelas masing-masing.
8. Elakkan penggunaan bilik-bilik darjah secara tidak ekonomi semasa aktiviti pada
waktu petang.
9. Kunci bilik-bilik darjah pada waktu petang untuk mengelakkan penggunaan elektrik
secara membazir.
10. Melakukan tindakan pencegahan dari semasa ke semasa.
11. Mengurangkan penggunaan kertas dan menumpukan kepada penggunaan e mail dalam
penyebaran maklumat.
12. Mengurangkan penggunaan telefon kepada urusan yang penting sahaja.

Sekian.

Omar Bin Ahmad

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...