SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, January 7, 2011

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2011




Alhamdulillah...pada 28 Disember 2010 yang lalu , berlangsunglah Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi tahun 2011. Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh 9 orang baru bagi menggantikan 5 orang guru yang telah berpindah.

Mesyuarat kali pertama ini penting bagi kita menjelaskan dasar-dasar sekolah dan perancangan yang bakal dilakukan. Sasaran dalam 3 bidang utama iaitu Akademik, Hal Ehwal Murid dan Ko-Kurikulum juga ditetapkan agar ia menjadi panduan kepada setiap guru untuk bertindak.

Pada tahun ini juga kita telah mengambil 'DISIPLIN PERTAMA, AKADEMIK UTAMA' sebagai slogan utama.

Penekanan terhadap disiplin yang tegas adalah keutamaan bagi tahun ini. Kita berhasrat dengan menguatkuasakan disiplin yang tegas, para pelajar akan lebih fokus dan sedar akan tanggungjawab mereka untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan aktiviti -aktiviti sekolah uang berkaitan. Antara perkara yang akan diberikan penekanan ialah:

1. Kehadiran ke sekolah pada tahap melebihi 95 %
2. Menghapuskan ponteng kelasn
3. Memastikan penggunaan masa untuk pembelajaran dan pengajaran secara maksimum
4. Memastikan kehadiran penuh dalam peperiksaan
5. Memastikan kehadiran penuh di dalam aktiviti ko-kurikulum
6. Mengurangkan kes kesalahan kecil sehingga pada tahap 2 %
7. Memastikan pelajar menyiapkan kerja kursus dan kerja rumah


Bagi kejayaan akademik, di samping Skim Insentif Akademik Skor A yang diperuntukkan kepada para pelajar, satu skim khas untuk para guru dan staf yang mencapai KPI masing-masing pada tahun ini , turut disediakan. Ia diharapkan akan dapat menjadi perangsang kepada para guru dan staf untuk meningkatkan kualiti kerja mereka ke tahap tertinggi. Beberapa program khas akademik, antaranya Program Lonjakan Saujana telah dirancang.Diharapkan program-program yang dirancang ini akan berjaya dan mendapat respon yang positif daripada semua pihak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...