SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, January 27, 2011

Mesyuarat Penyelarasan Perasmian Program Imarah Masjid Melalui ICT/ Program Kerohanian/ Kelas UIAM cemerlang dan Kedai Roti dan Kek PPKI






MESYUARAT penyelarasan perasmian program ini diadakan di Bilik Gerakan Sekolah dengan dipengerusikan oleh Tuan Pengetuan sendiri. Antara ahli mesyuarat yang hadir adalah Encik Hairolnizam Maarof (Bapa Angkat Sekolah / Pegawai KGSK PPD Tampin) , Ustaz Mohd. Zikri (PPD Tampin), Ustaz Zakaria Hitam dari Jabatan Agama Islam N. Sembilan, Pegawai Agama Felda Wilayah , Ustaz Fathul dari Jelai Felda, Wakil JAKIM, Nazir dan Setiausaha Masjid di Jelai Felda, Encik Abdullah Sijin, BTP, dan guru-guru sekolah ini.

Perasmian dijadualkan akan dilangsungkan pada 11 Febuari nanti dan akan disempurnakan oleh YB Dato Zainab Nasir, EXCO, Tuan Pengarah JPNS dan PPD Tampin. Apa yang lebih menarik , program ini akan dirakamkan dan disiarkan melalui slot di TV 1 oleh JAKIM.

Tumpuan kepada program ini adalah kepada hal berkaitan kerohanian, ICT dan sumbangan warga sekolah kepada komuniti setempat. Pihak sekolah cuba sedaya upaya memberikan sumbangan kepada komuniti melalui bidang berkenaan.

Melalui Program Imarah Masjid Melalui ICT pihak sekolah telah menyumbang dalam urusan pemasangan dan pembayaran streamyx (awal)kepada semua masjid di Gugusan Jelai ini. Di samping itu, kita juga melatih AJK masjid dalam penggunaan ICT di samping mewujudkan rakan ICT Masjid yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah ini. Seterusnya dicadangkan juga supaya mereka ini aakan membentuk jawatankuasa ICT di masjid-masjid berkenaan. Setiap masjid juga telah disediakan blog mereka masing-masing dan diletakkan beberapa orang pelajar untuk menjadi admin nya.

Apa yang diharapkan melalui program ini ialah:

1. Ia menjadi salah satu sumbangan sekolah kepada komuniti.
2. Melatih pelajar menyumbang kepadamasyarakat dan berkhidmat untuk masyarakat mereka
3. Mendekatkan pelajar dengan masjid
4. Membentuk AJK masjid yang celik IT, yang boleh menjadi model kepada anggota
masyarakat yang lain.
5. Sebagai salah satu sumbangan masjid kepada masyarakat
6. Membantu Program 1 rumah 1 komputer oleh kerajaan
7. Menyediakan kemudahan wifi kepada pelajar terutamanya untuk tujuan mengakses
portal Skor A yang menjadi salah satu program kecemerlangan akademik sekolah.

Memandangkan pada tahun 2010, seramai 500 pelajar sekolah ini menerima netbook daripada kerajaan, program ini menyediakan insfrastuktur laluan akses internet percuma di 6 lokasi di Felda Jelai iaitu di sekolah ini, Pusat Jalur Lebar dan di 4 buah masjid berkenaan. Satu sidang video bersama 4 masjid berkenaan akan diadakan.

Program Kedai Kek dan Roti Pendidikan Khas pula adalah satu lagi program komuniti yang bertujuan untuk menyediakan peluang berniaga dan kerja kepada bekas-bekas pelajar PPKI sekolah ini. Mereka akan dilatih untuk menyedikan roti dan kek serta diajar menguruskan kedai berkenaan. Pihak sekolah juga kan bekerjasama dengan PDK Jelai untuk tujuan berkenaan. Bagi perasmian ini, menu utama iaitu roti dan kek akan disediakan oleh mereka untuk para tetamu.

Projek ThinkQuest sekolah telah mencapai tahap terbaik dengan menjadi Johan dan Naib Johan di peringkat Kebangsaan . Pada tahun ini juga para pelajar sedang menyiapkan kajian untuk menyertai pertandingan di Peringkat Antarabangsa. Pada berkenaan nanti , satu sessi sidang Video bersama SMPN 13 Bandung akan diadakan secara langsung.

Pihak sekoalh mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan dan sokongan, khususnya pihak JAKIM yang sudi merakamkan majlis tersebut dan menyiarkannya di TV 1 melalui slot Persada Jornal.

Tahniah kepada semua guru yang terlibat di dalam setiap lokasi perasmian . Akhirnya 'Impian Menjadi Kenyataan'.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...