SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, January 23, 2011

UCAPAN TERIMA KASIH...

UCAPAAN KASIH...amat mudah. Amat senang diucapkan...

Namun tak semua orang mampu mengucapkannya..Dan tak semua orang mampu menjadikan ucapan itu sebagai suatu kebiasaan atau 'habit' pada setiap hujung percakapan mereka.

Ada yang mengucapkannya , hanya jika dia menerima sesuatu daripada orang lain. Atau apabila mendapatkan apa yang dikehendakinya. Jarang juga kedengaran orang mengucapkan terima kasih apabila gagal mendapatkan sesuatu. kalau adapun, memang kita akan dengan mudah dapat membaca tahap keikhlasan si pengucapnya. Kebanyakaknanya adalah lebih berupa sindiran dan luahan rasa ketidakpuasan hati...

Satu lagi persoalan yang timbul ialah , 'bagaimana kalau ' bos' atau majikan yang mengucapkan kata' terima kasih' apabila ada staf yang datang meminta pertolongan atau perkhidmatan daripadanya...

Saya teringat satu peristiwa beberapa tahun yang lalu, ketika berada di sebuah sekolah. Saya telah didatangi oleh ramai guru yang meminta pertolongan daripada saya. Pertolongan yang diminta bukanlah besar sangat. Kadang -kala sekadar untuk menandatangi pengesahan dokumen untuk tujuan tertentu. Sebaik habis menandatanginya dan sebelum guru -guru tersebut beredar, saya mengucapkan ucapan terima kasih...

Dengan terkejut, guru tersebut bertanya, "Kenapa pula cikgu yang mengucapkan terima kasih. Saya yang minta tolong daripada cikgu. Patutnya saya lah yang mengucapkan terima kasih..". Saya jawab, " Saya perlu ucapkan terima kasih juga, sebab sekurang-kurangnya ada juga orang yang perlukan pertolongan saya. Ada juga pentadbir yang guru atau staf tak mahu berjumpa dengannya atau meminta tolong daripadanya!".

Realitinya memang ada. Sepanjang kerjaya saya ada pentadbir yang begitu sukar didekati atau didatangi oleh guru dan staf untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan. Apatah lagi untuk menyatakan masalah diri mereka.Ada guru-guru yang saya arahkan untuk berjumpa dengan pentadbir berkenaan, tetapi mereka enggan.

Ada di kalangan pentadbir yang menganggap mereka tidak perlu berterima kasih pun kepada staf dalam keadaan sedemikian, kerana menganggap itu adalah tugas dan tanggungjawab guru atau staf berkenaan. Ada juga beranggapan , ini perkara yang remeh. Malah ada yang beranggapan, 'aku bos...kenapa aku perlu berterima kasih pada mereka?"

Dalam dunia yang modern ini saya kira kita perlu perubahan sikap dan mentaliti yang selari dengan perubahan dunia. Kakitangan kita perlu kita layan dengan cara yang baik dan penuh mesra. Mereka adalah orang yang terpelajar. Pepatah Melayu ada menyatakan, 'Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya'. "kalau kita mahu dihormati, hormatilah orang lain terlebih dahulu...". " Hormat bukan sesuatu yang diminta tetapi ia adalah sesuatu yang diperolehi.."

Jadi, ucapakanlah kata "terima kasih" pada sesiapa, di mana atau dalam apa keadaan dan kedudukan kita sekalipun...kerana ia tidak pernah mendatangkan kerugian kepada kita, sebaliknya akan mendatangkan keuntungan jua...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...