SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, January 8, 2011

Temu Ramah Bersama Sidang Pengarang 'WAJA'

Semalam saya ditemuramah oleh wartawan sekolah dari majalah WAJA bertanyakan beberapa perkara berkaitan dengan perancangan sekolah, pandangan terhadap isu -isu di sekolah dan hal peribadi untuk dimasukkan ke dalam majalah berkenaan bagi keluaran akan datang.

Walaupun pada awalnya saya keberatan untuk ditemuramah kerana tidak mahu mereka memfokuskan kepada pengetua sahaja, namun saya terima akhirnya bagi tidak menghampakan kolompok wartawan tahun 2010 -2011 ini.

Ada beberapa perkara yang ditanyakan, antaranya;

1. Perancangan tahun 2011
2. Pandangan terhadap sikap pelajar
3. Prinsip hidup dan kerja
4. Cita-cita

Saya tertarik dengan soalan berkaitan adakan saya memang bercita-cita untuk menjadi pengetua dan kenapa? Saya menjawab, Benar! Sebabnya ialah ' saya ingin merealisasikan impian dan perancangan saya untuk kemajuan sekolah dan yang paling penting ialah; saya ingin membantu orang bawah saya , mudah melakukan kerja!. Inilah perinsip saya dalam bekerja. Sebagai ketua , apa yang perlu dilakukan adalah membantu dengan cara:

1. melatih dan membimbing mereka
2. tidak mudah mengkritik dan menghukum
3. turut serta membantu serta mengambil tahu di dalam aktiviti yang dijalankan
(turun padang)
4. mengambil 'sebahagian beban atau masalah dan menyelesaikannya'. contohnya soal
kewangan yang sering dianggap masalah utama para guru.
5. cuba menyelesaikan setiap masalah yang dikemukan ( problem's solver')

Saya juga ditanya tentang pandangan saya terhadap perubahan yang ada di sekolah ini . Saya menyatakan bahawa perubahan yang hendak kita bawa di sini adalah perubahan minda yang positif terutamanya dalam kesedaran terhadap kecemerlangan di dalam pelajaran dan keyakinan bahawa kita boleh berjaya dan hebat. Kita mahu setiap pelajar memberikan fokus 100% terhadap mencipta kecemerlangan di dalam aktiviti sekolah. Setiap orang juga perlu ada keyakinan bahawa semuanya boleh berjaya dengan cemerlang dan kita telahpun membuktikannya melalui beberapa siri kecemerlangan yang jauh lebih hebat daripada sekolah lain. Walaupun kita duduk di Felda, jauh dari bandar, namun kita harus terima hakikat bahawa kita tidak pernah ketinggalan dalam segenap aspek pendidikan berbanding mereka yang berada di bandar. Peluang terbuka di depan mata dan terpulanglah kepada semua pelajar untuk menggenggamnya.

Justeru itu setiap orang harus bersihkan mindanya daripada segala gejala negatif, sifat malas, lemah dan takut yang menghalang kita daripada mencipta kejayaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...