SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, December 2, 2013

GOTONG ROYONG TAHUNAN STAF DAN PEKERJA PEMBERSIHAN SMKTTJ

SETIAP TAHUN akan ada program gotng royong yang dianjurkan khas melibatkan semua kakitangan pejabat dan pekerja Kebersihan sekolah. Gotong royong ini sudah menjadi acara tahunan yang wajib pada setiap tahun iaitu apabila munculnya cuti persekolahan.

 
Bagi tahun 2013 ini, gotong royong yang dipilih ialah untuk menyediakan Taman Bunga di kawasan sekitar kantin sekolah. Penglibatan semua yang terlibat amat mengkagumkan. Gotong royong ini dikepalai oleh Puan Hjh. Fuaadah, Ketua Kerani sekolah. 
Turut serta di dalam program ini adalah Tuan Pengetua sendiri yang mengendalikan kerja-kerja kayu iaitu menyediakan pagar di sekeliling taman ini dan Encik Kalaiselvam yang turut membantu.

Saya rasa amat terharu dengan penglibatan semua staf yang terlibat dan pekerja swasta yang memberikan kerjasama yang cukup baik. Alhamdulillah berkat usaha dan kegigihan yang ditunjukan oleh semua, Taman ini selamat siap dibina sepenuhnya pada hari Rabu 28 November 2013.

 
Bagi menyerikan lagi taman ini 2 set bangku dan kerusi batu telah ditempah untuk kemudahan pelajar berehat dan menelaah pelajaran pada masa-masa lapang. Diharapkan aagar semua warga sekolah akan menjaga taman dan segala harta sekolah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan sayang sebagai tanda penghargaan kepada segala penat lelah dan usaha gigih mereka semua ini.

 
Encik Kalaiselvam , ditugaskan untuk menebang pokok-pokok besar yang terdapat di sekeliling taman ini dan digantikan dengan pokok-pokok buluh yang akan menambahkan lagi keindahan sekitar kantin sekolah ini.

 
Ucapan tahniah buat semua. Ini adalah satu bukti bahawa jika ada kemahuaan dan komitmen serta perasaan untuk melihat sekolah ini maju dan menarik , semuanya akan mudah dicapai. 
 
Walaupun , nampak mudah , tetapi kerja yang mudah bagaimana baik pun, tidak akan menaampakkan mutu dan kualiti yang tinggi, jika ia dilakukan tidak dengan komitmen dan perasaan tanggungjawab yang tinggi.
 Kerja yang dilakukan secara sukarela dan di atas kerelaan dan kecintaan terhadap sekolah ini, pasti terlihat jelas perbezaan kualitinya berbanding kerja yang dibuat secara terpaksa atau tidak ikhlas.

 
Tahniah buat semua. ANDA MEMANG HEBAT...












SARANA SMKTTJ SUDAH MENYEBERANGI LAUT CHINA SELATAN...kali ini ke Miri Sarawak.






Lawatan Penanda Aras SMK Bekenu, Miri , sarawak ke SMKTTJ untuk menlihat sendiri pelaksanaan Sarana sekolah dan sarana Ibubapa yang dijalankan di sekolah ini.

Kehadiran rombongan pelawat ini telah disambut oleh Tuan Pengetua dan Encik Malik Rejab (Penyelia petang , merangkap penyelaras Sarana ) di samping beberapa ibu-ibu dari kumpulan Sarana yang amat hebat !

Ketibaan rombongan ke SMKTTj pada jam 9 pagi. pada pagi berkenaan ,ibu-ibu Sarana kami telah siap sedia menunggu ketibaan pelawat dan sudah bersedia menyusun bahan-bahan dokumentasi Sarana di dalam Balai Konfrensi sekolah. Kehebatan kaum ini Sarana ini ialah mereka sudah serasi dengan tugas yang perlu mereka lakukan dan tanpa banyak arahan , mereka sudah melaksanakaan segala perkara yang sepatutnya mereka lakukan.

Ketibaan para tetamu ke SMKTTJ pada hari ini adalah sesuatu yang amat istimewa. Apa tidaknya, dengan guru-guru yang bercuti, rombongan disambut oleh Tuan Pengetua dan Encik Malik dan ibu-ibu Sarana ini. Ternyata mereka sudah dapat menjalankan tugas mereka dan melaksanakan Sarana ini dengan hebat. Kehebatan mereka ini mendapat pujian dengan rasa kagum daripada rombongan. Ternyata, apa yang dilakukan pada hari ini adalah sesuatu yang jaraang mereka lihat hatta di mana-mana. Secara amnya, segala aktiviti sambutan pada hari ini dilakukan oleh ibu-ibu ini. Bermula daripada menyediakan bahan dokumentasi, membantu urusan makanan dan susunan bahan, menjadi pengaacara majlis, dan menjawab segala soalan berkaitan sarana secara terus dan menjadi fasilitator kepada para tetamu.

Bertuahnya anggota rombongan pada hari ini apabila, mereka dapat mendengar sendiri secara terus dan jujur daripada semua ibu-ibu yang terlibat ini tanpa di'edit oleh pihaak sekolah.

Kepetahan Puan Azlin menjadi pengacara majlis dan berpantun serta jawapan yang jujur dan telus daripada Puan Rohani, Puan Ibah, puan Ila, Puan Zurina dan yang lain-lain ternyata memikat hati para tetamu.

Kehadiran dan penerimaan dan perakuan akan kehebatan program Sarana SMKTTJ ini , menjadi bukti bahawa wawasan kita untuk melonjakkan nama SMKTTJ terutamanya melalui Sarana , bukanlah sesuatu yang sia-sia dan membazir..
Semua ini tidak akan terhasil tanpa kerja keras, komitmen, kerjasama dan keyakinan akan kemampuan kita untuk mencipta nama yang hebat dan bersaing dengan semua sekolah di negara ini...

Terima kasih, buat semua yang membantu dan mohon agar semuanya akan terus yakin dan memberikan komitmen yang berterusan demi kejayaan sekolah yang kita

Friday, November 15, 2013

PUAN ZURINA & PUAN AZLIN - MERAIKAN ANAK-ANAK DALAM JAMUAN AKHIR TAHUN-1UIA-

 BERUNTUNG  sangatlah pelajar -pelajar kelas ini yaang mendapat layanan dan sikap keperihatinan yang tinggi daripada 2 orang ibu yang super rajin dan sangat komited ini.

Pada saat ibubapa lain , mungkin tidak sedar akan sessi persekolahan hampir tamat, 2 orang ibu ini , dengan kemurahan hati dan budi baiknya telah menyediakan makanan dan kek untuk meraikan anak-anak yang berada di dalam kelas ini.

Kedua-dua ibu ini adalah antara muka-muka di kalangan ibu bapa yang amat kerap hadir ke sekolah . Kehadiran mereka tanpa mengira waktu dan masa. Mereka akan sentiasa hadir di dalam setiap acara dan majlis yang diadakan di sekolah ini  dan juga akan hadir hampir setiap hari membantu menghias kelas anak-anak mereka di 1UIA dan membantu menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan anak-anak di dalam kelas ini.

Mereka berdua sudah menjadi seperti ibu  bagi anak-anak 1UIA ini tanpa mengira kaum.

Dengan kepakaran dan  ilmu yang ada pada diri mereka, mereka bukan setakat hadir menghias kelas dan menyediakan peralatan pembelajaran di dalam kelas berkenaan , namun mereka juga mampu memberikan khidmat nasihat dan motivasi kepada para pelajar ini.

Antara kebolehan yang ada pada diri Puan Zurina ialah untuk menjadi penceramah atau pembentang kertas kerja atau membuat pembentangan program. Dengan kemampuan ini  juga, beliau telah menjadi pembentang bagi penilaian PIBG Cemerlang paeringkat Negeri yang lalu. Selain itu, Puan Zurina juga seorang yang berbakat di dalam penulisan sajak/ puisi. Dengan bakat dan minat yang ditunjukkan ini, sudah tentulah ia akan menjadi aset poenting di dalam membantu para pelajar di dalam pembelajaran nanti

Pada hari ini juga (14 Nov 2013) , beliau dengan sukarelanya telah sanggup hadir ke SK Taman Tuanku Jaafar untuk membuka kaunter mengedarkan surat jemputan ke program anjuran Sarana SMKTTJ pada 23 Nov nanti. Beliau juga sempat menjawab pelbagai pertanyaan ibu bapa sekolah berkenaan yang hadir menerima keputusan anak mereka pada hari tersebut. Ternyata , beliau bukan sahaja sudah sebati dengan khidmat Sarana ini, malah sudah benar-benar menghayati dan memahami perjalanan sekolah.

Puan Azlin pula adalah bekas setiausaha syarikat yang mempunyai kepakaran di dalam penyediaan kertas kerja dan projek. Sudah pasti kepakaran mereka ini amat berguna bagi membantu para pelajar terutamanya di dalam bidang penulisan.

Pihajk sekolah amat terhutang budi terhadap kedua-dua ibu ini yang amat komited di dalam membantu Sarana sekolah ini. Didoakan agar mereka dikurniakan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah untuk terus menabur bakti di sekolah ini.


SMKTTJ amat bangga mendapat ibu-ibu yang hebat seperti mereka berdua ini....





INOVASI TERKINI SARANA SMKTTJ- TAG SARANA




 TERKINI daripada Sarana SMKTTJ adalah penggunaan tag pengenalan kepada semua partners Sarana SMKTTJ iaitu ibubapa, PIBG, komuniti , swasta dan Ngo

Penggunaan tag ini adalah untuk kemudahannsebagai pengenalan diri semua partners SMKTTJ di dalam setiap aktiviti yang diadakan dan juga sebagai pas masuk ke kawasan sekolah pada bila-bila masa.
GO.


Salah satu daripada implikasi perlaksanaan Sarana di dalam sistem pendidikan kita ialah pendidikan khususnya sekolah dan semua pihak yang terlibat perlulah bersikap terbuka.


Keterbukaan sekolah untuk menerima sokongan , pandangan , perkongsiaan idea dan membuat keputusan secara bersama dengan sekolah haruslah diterima dengan hati yang terbuka oleh pihak  pengurusan sekolah. Ini kerana berlakunya perubahan dalam sistem pendidikan kita iaitu daripada sistem pendidikan yang berasaskan sekolah kepada sistem pendidikan yang berasaskan pembelajaran.

Kini , kuasa dan tanggungjawab untuk mencemerlangkan anak-anak, dan sekolah bukan lagi hanya terletak kepada sekolah, iaitu yang terdiri daripada 4 komponen utama iaitu Pengetua, Guru, PIBG dan pelajar. Kini, ia sudah menjadi tanggungjawab semua  pihak iaitu sama ada pengetua, guru, pelajar PIBG, swasta, komuniti dan swasta. Komuniti di sini bermaksud semua NGO, Agensi awam dan ahli masyarakat yang lain.

Semua pihak ini perlu bergabung dan mengembleng tenaga secxara bersama di dalam memajukan sisitem pendidikan kita. 

Ibu bapa bukan lagi hanya cukup sekadar menghantar anak-anak sehingga ke pintu pagar sekolah, malaah harus masuk ke dalam kawasan sekolah , hatta ke dalam kelas ( dengan izin sekolah) di atas dasar untuk membantu memudahkan tugas guru. Ibu bapa yang mempunyaai kepakaran boleh menggunakaan kepakaran nya untuk membantu P d P guru terutamanya ketika latihan amali atau memberikan tunjukajar  kepada pelajar. Ibubapa boleh berada di sekolah membantu memberikan bimbingan  kepada pelajar di dalam pelbagai bidang atau membantu mengawal keselamatan dan disiplin pelajar. Ibubapa juga boleh membantu menceriakan kawasan dan kelas anak -anak bagi merangsang pembelajaran mereka.

Justeru itu , bagi memastikan segala perkara ini berjaya terlaksana, keterbukaan sekolah terutamanya pengurusan sekolah, amat perlu. Guru-guru harus melihat ibubapa  sebagai sebahagian daripada rakan yang membantu memudahkan urusan para guru. Guru-guru harus melihat segala bantuaan dan kerjasama yang diberikan oleh paraibubapa inii, bukalah sebagai suatu gangguan, malah harus dilihat sebagai bantuan dan kemudahan bagi memastikan para guru mudah menjalankan tugas.
 
Semoga , Sarana SMKTTJ akan lebih meriah dan cemerlang!...InsyaAllah...

Pertemuan bersama dengan bekas pemain tengah hebat Singapura Sdr Ahmad Paijan, di padang SMKTTJ sempena lawatan dan perlawanan persahabatan antara Crest Secondary School, Singapore yang dilatih oleh abang beliau dengan SMKTTJ. Keputusan perlawanan dimenangi oleh SMK TTJ 3-1

Dalam Pertemuan ini kami sempat berbual dan bercerita tentang kisah-kisah lama semasa beliau sebagai seorang pemain yang mewakili skuad kebangsaan Singapura dan pasukan Terengganu dan saya pula sebagai pengadil Kebangsaan yang pernah mengadili perlawanan ketika beliau bermain.KTTJ dengan jaringan 3-1.
Seorang pemain yang cukup hebat yang sukar ditandingi dan seorang yang cukup lembut dan merendah diri di luar padang.
bersama pasukan beliau juga adalah guru-guru dari sekolah berkenaan dan pemain Lion X11.

Tuesday, November 5, 2013

SMKTTJ- Johan Anugerah PIBG Cemerlang NS 2013- Tahniah!

TAHNIAH & SYABAS!
PIBG  CEMERLANG  (Kategorui Bandar) tahun 2013 , Peringkat Negeri Sembilan  telah dimenangi oleh SMKTTJ )  .

Tidaklah menjadi sia-sia pengorbanan dan usaha gigih yang telah ditunjukkan oleh para guru dan dibantu oleh para penjaga terutamanya para ibu yang bersama-sama terlibat di dalam persediaan menghadapi penilaian ini serta memberikan sokongan moral sejak daripada pertandingan peringkat daerah Seremban tempohari.
Walaupun pada awalnya , kita pernah mengambil keputusan untuk tidak menyertai pertandingan ini  disebabkan kekangan dan kesibukan pelbagai program besar yang baru sahaja tamat, namun di atas sokongan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap guru dan ibu bapa , maka kita memilih untuk turut serta.
Hal ini ditambah lagi dengan status sekolah ini yang telah  menjadi model perlaksanaan Sarana sehingga ke peringkat tertinggi /KPM, maka kita melihat ada keperluannya untuk kita turut bertanding. melalui Sarana, SMKTTJ sebenarnya telah banyak bersedia dengan segala keperluan  seperti yang dikehendaki di dalam penilaian PIBG Cemerlang ini. Justeru itu, dirasakan kita perlu bertanding dan akan menjadi satu perkara yang pelik jika kita tidak turut serta.

Komitmen yang cukup tinggi juga telah ditunjukkan oleh para guru terutamanya di dalam menyediakan bahan-bahan yang lebih lengkap terutamanya berkaitan dokumentasi dan powerpoint untuk persembahan tersebut.
 
Bersama dengan YDP PIBG dan Tuan Pengetua, para guru ini dan beberapa ibu telah bertungkuslumus membuat persediaan sejak pertandingan peringkat daerah yang berlangsung pada 30 Oktober 2013 yang lalu. Persediaan yang dilakukan ini mengheret komitmen yang tinggi  sehingga ke malam hari dan melibatkan masa cuti (ahad) dan cuti Depavalli (Isnin). 

Namun, ternyata pengorbanan ini tidak sia-sia. Berkat ketabahan , kesabaran dan komitmen yang tinggi ini, akhirnya terbalas apabila kita dinobatkan sebagai juara!.
 
Suatu yang amat menarik ialah komitmen pada penjaga yang terdiri daripada suri rumah sepenuh masa ini yang sanggup mengorbankan masa untuk bersama membantu dan memberi sokongan moral . kehadiran mereka bukan sekadar hadir untuk menjadi penonton, namun mereka jugalah yang membantu mengangkat bahan dokumentasi, menyusun dan mengagihkan kepada para juri . Mereka juga sama-sama berbincang dengan para guru untuk memikirkan cara terbaik untuk memberikan persembahan terbaik pada pembentangan penilaian ini.
Inilah hebatnya Sarana!...Sesuatu yang tidak pernah saya alami bersama para penjaga selama ini.!

kini , kita bersedia pula untuk ke peringkat yang tertinggi iaitu peringkat kebangsaan. Semoga semangat dan komitmen ini akan terus kukuh untuk kita sama- sama menjulang nama SMKTTJ.










Buat Anak-Anak Pelajar Tingkatan 5 SMKTTJ yang akan menduduki SPM pada esok pagi:

Segala ilmu sudah diajarkan
Segala petua telah diturunkan
Segala jurus telah ditunjukkan
Segala azimat telah dibekalkan

Segala ranjau dan duri telah dibersihkan
Segala halangan telah dialihkan
Segala musuh sudah ditawan

Jalan berliku sudah diluruskan

Segala tawar telah dijampikan
Segala pesan telah disematkan

Telah dipakaikan segala peralatan
Permaidani kejayaan telah dihamparkan
Hanya menanti restu serta lambaian

Ayuh!

Mulakanlah langkah kejayaan
Dengan doa, restu dan harapan
KepadaNya kita sandarkan

Laluilah dengan keyakinan
Ikutilah cahaya dihujung jalan

Namun ,

Awas anakku,

Ramai sudah yang menemui kegagalan
Kerna angkuh
dan sering kealpaan...

-OMAR BIN AHMAD
5 NOVEMBER 2013

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM. Mulakan dengan mengingatiNya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...