Ini adalah merupakan salah satu pembaharuan yang kita lakukan pada tahun ini, berbanding pada tahun 2019 yang lalu.

Pertandingan ini telah dimulakan sejak sebelum cuti semester yang pertama dahulu dan akan disambung semula, sebaik saja sekolah di buka semula setelah perintah kawalan pergerakan akibat penularan Covid 19 ini.
Pada tahun ini juga , hadiah-hadiah istimewa akan diberikan kepada para pemenang.

Kedua sebanyak RM80.00
Ketiga sebanyak RM60.00
Para pemenang juga akan mendapat hadiah sampingan istimewa iaitu, jamuan makan tengahari yang disumbangkan oleh pihak kantin
Antara tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk:
1. Menyediakan persekitaran berilmu di dalam kawasan sekolah

3. Melahirkan sikap kerjasama dan teamwork di kalangan ahli panitia
4. melahirkan rasa cinta dan bangga terhadap sekolahdi kalangan setiap warga SEMSE.
Pihak Jawatankuasa Kantin sebenarnya telah berhasrat untuk memasuki pertandinga Kantin terbaik di peringkat Daerah dan Negeri /JPNNS
Aktiviti menghias meja bermaklumat ini telah dikukan bersama antara guru -guru dan para pelajar. Saya kagum dengan kesungguhan mereka. Ada di kalangan mereka ini yang terus hadir ke sekolah semasa cuti persekolahan ini menyiapkan hiasan ini.
Saya ingin merayu kepada para pelajar agar dapat menjaga meja ini dengan tidak merosakkannya atau meletakkan beg di atasnya agar tidak rosak. Pihak guru dan panitia telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjadikan persekitaran sekolah ita ceria dan cantik. Maka menjadi tanggungjawab para pelajar untuk memberikan kerjasama agar tidak merosakkannya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha murni setiap ahli panitia dan Jawatankuasa Kantin yang telah mengambil inisiatif ini.
No comments:
Post a Comment