Salah satu daripada idea di dalam perancangan untuk mempertabatkan nama sekolah ini dan memberikan imej baru, adalah dengan menyediakan papan tanda ini.
Perancangan untuk ini telah dimulakan daripada tahun 2018 yang lalu. Perancangan asalnya adalah untuk dibina di bahagian hadapan pintu pagar sekolah. Cadangannya juga adalah untuk menggunakan bahan dan design yang boleh dipasangkan lampu agar ia tampak bercahaya pada waktu malam. Namun kosnya adalah terlalu tinggi. Hasrat itu terpaksa ditangguhkan sementara.
Namun , kini ia menjadi kenyataan dengan usaha yang diteruskan oleh Pn. Norati , Ketua Bidang Bahasa yang telah membuat tempahan papan tanda ini. Ia siap dibina pada petang Jumaat 13 Mac 2020 yang lalu. Hasil perbincangan bersama , kami tempatkan papan tanda ini di hadapan Taman Bahasa Inggeris dan Taman Bahasa Melayu ini agar memudahkan warga sekolah untuk meikmatinya dan menjadi port utama untuk merakamkan foto dan kenangan di sekolah ini.
Saya berharap dengan adanya papan tanda yang menggambarkan rasa cinta kita kepada sekolah yang kita sayangi ini, akan menyuntik semangat untuk hadir dan memberikan sumbangan dan seterusnya untuk memastikan sekolah kita terus cemerlang.
Kita juga berharap agar setiap warga sekolah akan dapat menjaganya dengan baik kerana ia adalah salah satu gambaran imej kita. Kita semua harus berbangga berada di sekolah ini dan marilah kita sama-sama memajukan dan menjaga nama baik sekolah ini.
Ia juga adalah diharap agar melahirkan rasa bangga setiap warga sekolah terhadap sekolah ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat di dalam pemasangan dan menghias lanskap papan tanda ini, iaitu En. Alias dan En. Radhi, yang tetap datang ke sekolah semasa cuti , demi untuk memastikan papan tanda ini kelihatan cantik dan kemas.
InsyaAllah, pihak sekolah akan terus berusaha mengubah imej sekolah kita dan meningkatkan imej agar menjadi sekolah yang hebat. Semoga ia menjadi kenangan terindah buat semua warga yang pernaj berada di sekolah ini.
No comments:
Post a Comment