SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, March 23, 2020

BATIK RASMI SEMSE 2020.. CANTIK , MENAWAN!!

Tahun 2020 ini, SEMSE berimej baru!!

Batik Rasmi Sekolah bagi semua guru, staf sokongan adalah menjadi penyeri permulaan tahun baharu ini.

Warna yang garang, ceria dan cantik memberikan gambaran kesungguhan dan semangat yang kuat di dalam diri setiap warga sekolah untuk terus mencipta kejayaan dan mengangkat nama baik SEMSE di dalam setiap aspek.

Pengurusan batik ini telah diserahkan kepada pihak Kelab Guru dan Staf (KGK) dengan dibantu oleh Koperasi Sekolah. Pihak koperasi sekolah telah dilantik menguruskan pembayaran baju-baju ini bagi pihak warga sekolah. Guru-guru dan KGK akan membuat bayaran terus kepada Koperasi dengan sedikit bayaran perkhidmatan yang dikenakan.

Dengan warna yang ceria, cantik dan harga yang sangat berpatutan, ia pasti mendapat sambutan hangat daripada setiap guru dan staf.

Bersamalah kita menyokong usaha Kelab Guru dan Staf ini dengan memberikan komitmen kita. Kejayaan kita menjayakan projek ini akan membuktikan komitmen dan kerjasama padu di antara kita semua..

SEMSE...KITA MEMANG HEBAT!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...