Pada tahun ini , sambutan yang diberikan oleh para pelajar amat memberangsangkan. Hampir 95 peratus pelajar telah hadir dan melibatkan diri di dalam merentas desa ini.
Pertandingan yang dibahagikan kepada 3 kategori ini, telah dijalankan pada hari rabu, bersempena hari kokurikulum, bermula pada jam 8 pagi dan merangkumi laluan sejauh 6 kilometer dan 8 kilometer, melalui lalui dibeberapa jalan utama dan jalan taman di sekitar sekolah ini.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya mencapai kejayaan di dalam beberapa kategori yang dipertandingkan. Tahniah juga kepada mereka yang tidak beroleh kejayaan , namun telah hadir dan turur berlari dengan penuh semangat.
Tahniah juga kepada guru -guru dan para pelajar yang telah bertugas di dalam pelbagai jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memastikan kelancaran progaram pada hari ini.
Saya juga telah megambil kesempatan untuk turut sama berlari sejauh 6 kilometer bagi memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain. Rasa seronok juga dapat berlari bersama-sama pelajar ini. Dapat juga menunjukkan skil larian lagi kepada mereka.


Kejohanan ini dapat disempurnakan sebelum jam 11.30 pagi, dengan acara penyampaian hadiah yang diadakan di Dataran Perhimpunan. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh tuan Pengetua.

No comments:
Post a Comment