TAHNIAH & SYABAS!
PIBG CEMERLANG (Kategorui Bandar) tahun 2013 , Peringkat Negeri Sembilan telah dimenangi oleh SMKTTJ ) .



Walaupun pada awalnya , kita pernah mengambil keputusan untuk tidak menyertai pertandingan ini disebabkan kekangan dan kesibukan pelbagai program besar yang baru sahaja tamat, namun di atas sokongan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap guru dan ibu bapa , maka kita memilih untuk turut serta.

Komitmen yang cukup tinggi juga telah ditunjukkan oleh para guru terutamanya di dalam menyediakan bahan-bahan yang lebih lengkap terutamanya berkaitan dokumentasi dan powerpoint untuk persembahan tersebut.

Namun, ternyata pengorbanan ini tidak sia-sia. Berkat ketabahan , kesabaran dan komitmen yang tinggi ini, akhirnya terbalas apabila kita dinobatkan sebagai juara!.
Suatu yang amat menarik ialah komitmen pada penjaga yang terdiri daripada suri rumah sepenuh masa ini yang sanggup mengorbankan masa untuk bersama membantu dan memberi sokongan moral . kehadiran mereka bukan sekadar hadir untuk menjadi penonton, namun mereka jugalah yang membantu mengangkat bahan dokumentasi, menyusun dan mengagihkan kepada para juri . Mereka juga sama-sama berbincang dengan para guru untuk memikirkan cara terbaik untuk memberikan persembahan terbaik pada pembentangan penilaian ini.
Inilah hebatnya Sarana!...Sesuatu yang tidak pernah saya alami bersama para penjaga selama ini.!
kini , kita bersedia pula untuk ke peringkat yang tertinggi iaitu peringkat kebangsaan. Semoga semangat dan komitmen ini akan terus kukuh untuk kita sama- sama menjulang nama SMKTTJ.
No comments:
Post a Comment