SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, December 2, 2013

GOTONG ROYONG TAHUNAN STAF DAN PEKERJA PEMBERSIHAN SMKTTJ

SETIAP TAHUN akan ada program gotng royong yang dianjurkan khas melibatkan semua kakitangan pejabat dan pekerja Kebersihan sekolah. Gotong royong ini sudah menjadi acara tahunan yang wajib pada setiap tahun iaitu apabila munculnya cuti persekolahan.

 
Bagi tahun 2013 ini, gotong royong yang dipilih ialah untuk menyediakan Taman Bunga di kawasan sekitar kantin sekolah. Penglibatan semua yang terlibat amat mengkagumkan. Gotong royong ini dikepalai oleh Puan Hjh. Fuaadah, Ketua Kerani sekolah. 
Turut serta di dalam program ini adalah Tuan Pengetua sendiri yang mengendalikan kerja-kerja kayu iaitu menyediakan pagar di sekeliling taman ini dan Encik Kalaiselvam yang turut membantu.

Saya rasa amat terharu dengan penglibatan semua staf yang terlibat dan pekerja swasta yang memberikan kerjasama yang cukup baik. Alhamdulillah berkat usaha dan kegigihan yang ditunjukan oleh semua, Taman ini selamat siap dibina sepenuhnya pada hari Rabu 28 November 2013.

 
Bagi menyerikan lagi taman ini 2 set bangku dan kerusi batu telah ditempah untuk kemudahan pelajar berehat dan menelaah pelajaran pada masa-masa lapang. Diharapkan aagar semua warga sekolah akan menjaga taman dan segala harta sekolah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan sayang sebagai tanda penghargaan kepada segala penat lelah dan usaha gigih mereka semua ini.

 
Encik Kalaiselvam , ditugaskan untuk menebang pokok-pokok besar yang terdapat di sekeliling taman ini dan digantikan dengan pokok-pokok buluh yang akan menambahkan lagi keindahan sekitar kantin sekolah ini.

 
Ucapan tahniah buat semua. Ini adalah satu bukti bahawa jika ada kemahuaan dan komitmen serta perasaan untuk melihat sekolah ini maju dan menarik , semuanya akan mudah dicapai. 
 
Walaupun , nampak mudah , tetapi kerja yang mudah bagaimana baik pun, tidak akan menaampakkan mutu dan kualiti yang tinggi, jika ia dilakukan tidak dengan komitmen dan perasaan tanggungjawab yang tinggi.
 Kerja yang dilakukan secara sukarela dan di atas kerelaan dan kecintaan terhadap sekolah ini, pasti terlihat jelas perbezaan kualitinya berbanding kerja yang dibuat secara terpaksa atau tidak ikhlas.

 
Tahniah buat semua. ANDA MEMANG HEBAT...












No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...