SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, November 15, 2013

PUAN ZURINA & PUAN AZLIN - MERAIKAN ANAK-ANAK DALAM JAMUAN AKHIR TAHUN-1UIA-

 BERUNTUNG  sangatlah pelajar -pelajar kelas ini yaang mendapat layanan dan sikap keperihatinan yang tinggi daripada 2 orang ibu yang super rajin dan sangat komited ini.

Pada saat ibubapa lain , mungkin tidak sedar akan sessi persekolahan hampir tamat, 2 orang ibu ini , dengan kemurahan hati dan budi baiknya telah menyediakan makanan dan kek untuk meraikan anak-anak yang berada di dalam kelas ini.

Kedua-dua ibu ini adalah antara muka-muka di kalangan ibu bapa yang amat kerap hadir ke sekolah . Kehadiran mereka tanpa mengira waktu dan masa. Mereka akan sentiasa hadir di dalam setiap acara dan majlis yang diadakan di sekolah ini  dan juga akan hadir hampir setiap hari membantu menghias kelas anak-anak mereka di 1UIA dan membantu menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan anak-anak di dalam kelas ini.

Mereka berdua sudah menjadi seperti ibu  bagi anak-anak 1UIA ini tanpa mengira kaum.

Dengan kepakaran dan  ilmu yang ada pada diri mereka, mereka bukan setakat hadir menghias kelas dan menyediakan peralatan pembelajaran di dalam kelas berkenaan , namun mereka juga mampu memberikan khidmat nasihat dan motivasi kepada para pelajar ini.

Antara kebolehan yang ada pada diri Puan Zurina ialah untuk menjadi penceramah atau pembentang kertas kerja atau membuat pembentangan program. Dengan kemampuan ini  juga, beliau telah menjadi pembentang bagi penilaian PIBG Cemerlang paeringkat Negeri yang lalu. Selain itu, Puan Zurina juga seorang yang berbakat di dalam penulisan sajak/ puisi. Dengan bakat dan minat yang ditunjukkan ini, sudah tentulah ia akan menjadi aset poenting di dalam membantu para pelajar di dalam pembelajaran nanti

Pada hari ini juga (14 Nov 2013) , beliau dengan sukarelanya telah sanggup hadir ke SK Taman Tuanku Jaafar untuk membuka kaunter mengedarkan surat jemputan ke program anjuran Sarana SMKTTJ pada 23 Nov nanti. Beliau juga sempat menjawab pelbagai pertanyaan ibu bapa sekolah berkenaan yang hadir menerima keputusan anak mereka pada hari tersebut. Ternyata , beliau bukan sahaja sudah sebati dengan khidmat Sarana ini, malah sudah benar-benar menghayati dan memahami perjalanan sekolah.

Puan Azlin pula adalah bekas setiausaha syarikat yang mempunyai kepakaran di dalam penyediaan kertas kerja dan projek. Sudah pasti kepakaran mereka ini amat berguna bagi membantu para pelajar terutamanya di dalam bidang penulisan.

Pihajk sekolah amat terhutang budi terhadap kedua-dua ibu ini yang amat komited di dalam membantu Sarana sekolah ini. Didoakan agar mereka dikurniakan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah untuk terus menabur bakti di sekolah ini.


SMKTTJ amat bangga mendapat ibu-ibu yang hebat seperti mereka berdua ini....





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...