SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Monday, April 4, 2011
TERIMA KASIH BUAT WARGA SMK JELAI FELDA
Terharu sungguh apabila melihatkan sambutan terhadap Majlis Perpisahan buat saya yang telah dilakukan oleh SMK Jelai Felda. Selain sempat bertemu muka dan bersalaman dengan semua pelajar di sekolah ini, saya juga telah diberikan penghormatan sejak bermula dengan ketibaan saya diperkarangan Dewan Bestari apabila disambut dengan paluan kompang dan diberikan penghormatan untuk pemeriksaan perbarisan pasukan kadet Polis sekolah.
Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG, Encik Zakaria Umar dan Pegawai KGSK PPD Tampin, Encik HairolNizam Maarof , yang juga merupakan bekas anak murid saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Hairol. Walaupun, bercuti pada hari berkenaan , namun beliau tetap hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada saya sebagai pengetua di daerah Tampin.
Saya amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak. Begitu banyak hadiah yang saya terima daripada pelbagai pihak, PIBG, Guru, staf, pekerja dan para pelajar. Semua ini akan menjadi kenangan sepanjang hayat saya.
Sepanjang bersalaman dan bertemu mata menberima ucapan terima kasih dan selamat berjaya daripada para pelajar ,saya cuba untuk menahan diri untuk tidak mengeluarkan air mata. Walaupun saya dapati ramai pelajar yang menangisi pemergian saya dari sekolah ini. Namun, ternyata saya gagal akhirnya apabila rakan-rakan guru lelaki memeluk dan mengucapkan kata-kata terima kasih dan permohonan maaf daripada saya.
Peranan sedih saya ternyata berlarutan apabila berhadapan dengan anak-anak didik yang menjadi mentee saya di tingkatan 3 UIA, Hubungan yang rapat dengan pelajar-pelajar ini ternyata meninggalkan kesanyang amat mendalam. Ada antara pelajar ini yang memanggil saya ayahanda, Saya doakan agar mereka terus cemerlang, khususnya buat NorFatihan, Norazura dan rakan-rakan di kelas 3 UIA. Saya masih terus mendoakan anak-anak di SMK Jelai Felda khususnya bekas mentee saya di dalam setiap solat saya.
Penghormatan pihak sekoalh di bawah Tn, hj. Kasim Samad , GPK akademik, menanamakan sebuah taman utama di sekoalh ini di atas nama saya juga , menjadi satu penghormatan kepada saya. Pastinya ini akan menjadi tanda kenangan dan ikatan abadi antara saya dan sekolah. Sesungguhnya SMK Jelai Felda banyak memberikan kenangan dan kegembiraan di hati saya berbanding sebelumnya.
Akhirnya, saya ucapakan terima kasih dan selamat menuju kecemerlangan yang lebih hebat kepada semua warga SMK Jelai Felda. Kepada semua pelajar khususnya bekas mentee saya, saya doakan agar semuanya terus berusaha dengan gigih agar dapat mencatat kejayaan lebih cemerlang lagi.. SESUNGGUHNYA..ANDA SEMUA MEMANG HEBAT!
' TERIMA KASIH..SMK JELAI FELDA...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment