SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Monday, April 18, 2011
KUNJUNGAN 'DOKTOR KECIL' SK TMN TUANKU JAAFAR 2
Terujua sungguh apabila menerima kunjungan daripada tetamu kecil dari program 'Doktor Kecil" dari SK Taman Tuanku Jaafar 2.
Anak-anak comel ini membawa mesej menjaga kesihatan melalui mencuci tangan dengan bersih sambil membawa beberapa peralatan seperti sabun dan brosur dan poster berkaitan.
Apa yang menariknya ialah, program ini merupakan usaha menanamkan minat pelajar ke arah kerjaya doktor yang selalunya menjadi pilihan pelajar dan ia merupakan suatu projek komuniti di dalam usaha sekolah berkenaan menyebarkan pengetahuan mereka untuk dikongsikan bersama dengan masyarakat sekitar. Ini adalah suatu program yang amat bagus dan tahniah kepada guru penasihat yang menganjurkan aktiviti ini.
Bagi kita di SMK Tmn Tuanku Jaafar, kita juga harus mengikuti jejak sekolah ini di dalam memberi sumbangan kepada masyarakat mengikut kepakaran yang kita miliki. Ini sesuai dengan konsep kemenjadian murid. Murid tidak seharusnya hebat di dalam kawasan sekolah sahaja, tetapi haruslah mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Hasil didikan dan ilmu yang diperolehi harus dikongsikan dengan masyarakat. Ia juga akan dapat membuktikan sejauhmana ilmu yang dimiliki dapat dijelmakan kepada aktiviti yang dapat membantu masyarakat.
SMK Tmn Tuanku Jaafar harus melihat apakah aspek kepakaran yang boleh kita sumbangkan kepada masyarakat. Salah satu yang dapat saya lihat ialah melalui MPV solekan dan dandanan dan ICT.
Usaha harus dilakukan oleh guru dan pelajar untuk kita perlihatkan kemahiran kita kepada masyarakat. Berfikirlah secara kreatif . Perkara ini termasuk di dalam 14 perkara berkaitan dengan fokus kecemerlangan sekolah yang telah saya nyatakan terdahulu.Ia juga berkaitan dengan promosi kecemerlangan sekolah. Kita harus promosikan sekolah melalui kaedah ini agar kita mampu bersaing sengan sekolah-sekolah lain di Seremban dan Negeri Sembilan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment