SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, April 18, 2011

PERKHEMAHAN PENGAKAP DAN PANDU PUTERI ..DI BUKIT PUTUS..






Kesempatan meninjau sebentar aktiviti perkhemahan pengakap danpandu puteri di Bukit Putus pada hari sabtu yang lalu memperlihatkan kesungguhan guru dan pelajar di dalam menjayakannya.

Rata-rata para pelajar sangat berminat untuk menyertai aktiviti ini. Ternyata hasil daripada pertanyaan kepada beberapa orang pelajar yang terlibat , menyatakan keseronokan mereka dapat menjalankan aktiviti berkenaan.

Satu perkara yang menarik adalah , perkhemahan ini diadakan di atas permintaan para pelajar sendiri. Malahan kertas kerjanya juga disediakan oleh pelajar berkenaan. Semangat beginilah yang seharusnya ada pada semua warga sekolah. Setiap orang perlu ada komitmen tinggi di dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah . Setiap orang harus bertindak segera mencipta kejayaan dan merancang serta melaksanakan aktiviti setiap unit tanpa menunggu arahan.

Usaha dan kesungguhan pelajar ni harus mendapat sokongan daripada semua guru dan pengurusan sekolah. Guru dan pengurusan sekolah perlu seiring dengan kesungguhan pelajar di dalam melaksanakan aktiviti demi kebaikan sekolah. Sokongan guru penting bagi membentuk ketrampilan diri para pelajar kita.

Tahniah kepada Pn. Janariah dan guru yang bertungkus lumus membantu pelajar kita ini dengan mengorbankan masa dan kesenangan diri pada hujung minggu. Kepada para pelajar, Tahniah dan teruskan kecemerlangan ini pada masa-masa akan datang...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...