SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, April 18, 2011

PEMBANGUNAN ICT DI SMK TMN TUANKU JAAFAR..

Antara perancangan pembangunan yang disasarkan di sekolah ini adalah pembangunan ICT. Walaupun dari segi infrastuktur sedia ada di sekolah ini amat kekurangan, namun kita percaya ia akan dapat dibangunkan dengan mudah dan cepat.

Buat masa ini usaha untuk mengWIFIkan sekolah sedang dilaksanakan. Kawasan sekitar blok pentadbiran dan Bilik Guru sudahpun di WIFI kan dan semua guru serta pelajar dapat mengakses internet melalui streamyx . Terima kasih diucapkan kepada Encik NurHaslin dan Encik Abu Darda , yang diimport kahas dari SMK Jelai felda untuk membantu membangunkan WIFI di sekolah ini.

Saya melihat sekolah ini punyai kekuatan untuk maju di dalam bidang ICT. dengan adanya mata pelajaran ICTL dan TMk , sebenarnya kita sudah punyai asas yang kuat ke arah itu. Rata-rata pelajar kita juga adalah terdiri daripada pelajar yang celik IT dan mempunyai kemudahan mengakses internet di rumah masing-masing. Kekuatan ini lah sebenarnya yang ingin kita satukan dengan kepakaran yang ada pada guru untuk kita bangunkan ICT dengan mudah.

Sebagai usaha permulaan kita merancang untuk membina semuala web sekolah dan mengadakan latihan pembinaan blog kepada para pelajar dan guru. Sasaran kita ialah agar semua panitia, unit-unit di bawah HEM dan Ko-Kurikulum juga mempunyai blog masing-masing. Kita ke arah mewujudkan e-document yang pastinya akan memudahkan urusan pendokumentasiaan maklumat di sekolah. Kepada pelajar yang berminat untuk menyertai kursus ini , silalah mendaftar diri kepada guru-guru ICT di sekolah kita pada kadar segera! Latihan bakal diadakan pada bulan MEI ini .

Dalam usaha ke arah ICT juga, kita berharap agar semua guru mempunyai laptop peribadi untuk kegunaan kita di dalam kerja-kerja di sekolah terutama dalam melaksanakan P & P Bestari nanti. Para guru tidak harus berfikiran untuk terus bergantung kepada laptop dan peralatan ICT sekolah untuk melaksanakan P & P berasaskan ICT tersebut. Dengan hampir semua pelajar mahir di dalam ICT dan mempunyai laptop masing-masing. adalah agak ketinggalan jika para guru masih tidak mempunyai laptop peribadi . Kita harus sentiasa berfikiran positif dan ke depan di dalam menuju kecemerlangan.

Visi kita adalah untuk menjadikan ICT sebagai salah satu watak sekolah kita yang utama!...Saya yakin kita akan mampu mencipta kejutan dengan menghasilkan kejayaan yang cemerlang

1 comment:

PANITIA TASAWWUR ISLAM said...

As salam.
Saya dah hantar senarai AJK pelajar untuk membina Blog Panitia. Saya difahamkan Kursus untuk membuat Blog akan diberikan kepada pelajar berkenaan pada 7 Mei 2011 bertempat di BTP, port Dickson. Saya harap Kursus tersebut dipanjangkan juga kepada guru-guru penyelaras Blog kerana ada diantara kami yang kurang mahir dalam membina Blog ini termasuklah saya sendiri. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...