SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, April 23, 2011

SMK TTJ kini dipasang WIFI sepenuhnya...

ALHAMDULILLAH... Kini semua warga sekolah mampu mengakses internet secara percuma di kawasan sekolah melalui pemasangan WIFI di seluruh kawasan sekolah kini. Ucapan terima kasih khusus kepada Encik NurHaslin Moksin dan Encik Abu Darda dari SMK Jelai Felda yang telah bertuingkus lumus selama 3 hari untuk memastikan kita dapat menikmati internet di seluruh kawasan sekolah kita.
Hal ini merupakan sebahagian daripada perancangan dalan Pelan Pembangunan ICT yang akan diwujudkan di sekolah ini. Antara yang akan kita laksanakan nanti ialah:

1. Kursus Pembinaan Blog Panitia dan Unit-Unit pada 7 Mei nanti ( Sesiapa yang berminat, sila daftar nama kepada Guru ICT)

2. Kursus Pembinaan Web sekolah
3. Kursus Portal ThinkQuest dan Project Base Learning (PBL)
4. P & P Bestari melalui mengagihkan LCD dan Laptop kepada K. Bidang
5. Program I Guru I Laptop ( Mewajibkan semua guru ada laptop peribadi sendiri)
6. Program e-mail Sekolah ( Semua Guru/ staf dan pelajar mesti ada e- mail sendiri)
7. Lawatan Kolaborasi ICT dengan sekolah luar negara.

Diharapkan juga agar semua warga sekolah akan menyambut usaha ke arah ICT ini dengan hari yang terbuka dan berfikiran positif.

Dalam dunia sekarang, penguasaan terhadap ICT adalah perkara yang lumrah. Apatah lagi bagi kita yang berada di kawasan bandar ini, penguasaan ICT dan pemilikan alatan ICT sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Kita tidak boleh ketinggalan!Jika kita tidak bergerak ke arah penguasaan ICT ini , maka kita menjadi orang yang ketinggalan. Malah lebih jauh tertinggal berbandiing sebahagian pelajar dan warga sekolah di luar bandar yang walaupun serba kekurangan tetapi telah jauh ke depan di dalam dunia ICT ini. Kita pasti malu!

Bagi para pelajar yang mahu mengakses internet pada waktu petang , bolehlah membawa laptop mereka ke sekolah. Namun pastikan anda mengakses hanya ke laman-laman pendidikan dan yang berguna kepada pelajaran sahaja. Banyak blog, web yang berkaitan dengan pelajaran yang boleh dilayari untuk kemajuan pelajaran pelajar. Gunakan kemudahan ini sebaik mungkin.

InsyaAllah, terget kita ialah untuk menjadikan ICT sebagai salah satu watak sekolah kita. Kita akan cuba mengangkat nama sekolah melalui ICT. Ini kerana hanya melalui ICT kita ' mampu pergi jauh , dengan kos yang murah dan mudah'...ICT....'MURAH..MUDAH...MELANGKAUI SEMPADAN..'
amai pelajar kita yang berbakat dan berkemahiran di dalam ICT. Sumbangkanlah kepakaran kamu untuk membantu manaikkan nama sekolah kita...
Saya lihat r

2 comments:

PANITIA TASAWWUR ISLAM said...

As salam. Saya berharap agar LCD dapat dipasang di bilik-bilik khas untuk memudahkan guru-guru melaksanakan P&P dengan menggunakan LCD. Setakat ini saya hanya boleh menggunakan LCD di Surau dan Perpustakaan sahaja itupun amat terbatas.Semoga Tn. Pengetua dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera agar impian untuk menjadikan ICT sabagai WATAK sekolah kita tercapai. T. kasih. KP Tasawwur Islam.

omar said...

Sy lebih setuju jika LCD ini di 'mobile'kan . Jika kita bergantung kepada bilangan bilik2 khas yang dipasang LCD memang tidak akan cukup/ mampu. Dengan dimobilekan, akan memberi peluang penggunaan LCD yang lebih meluas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...