SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, August 2, 2010

PROGRAM BENCHMARKING SMK JELAI FELDA KE 4 DAERAH






BERMULA PADA 22 JULAI 2010, yang lalu sehingga 29 Julai 2010, SMK Jelai Felda telah memulakan Program Benchmarking ke sekolah-sekolah terpilih di 4 buah daerah. Antara sekolah yang dilawati oleh guru-guru kita ialah:

1. Daerah Jempol - SMK Seri Jempol dan SMK Palong 7
2. Daerah Seremban- SMK Sheikh Mohd Said dan SM Sains Seremban
3. Daerah Port Dickson - SMK Pasir Panjang dan SMK Bukit Saujana
4. Dareah Rembau - SMK Dato Abdullah dan SMK Undang Rembau

Tujuan program ini adalah:

1. Mendapatkan ilmu dan idea berkaitan perlaksanaan terbaik dalam sekolah-sekolah
terpilih untuk diaplikasikan di SMK Jelai Felda.

2. Bertukar fikiran dan idea untuk suatu inovasi dan input baru di sekolah ini.

3. Sebagai suatu aktiviti membuka minda ke arah kecemerlangan sekolah

4. Sebagai penghargaan kepada guru-guru yang telah bekorban selama ini dalam
memajukan sekolah.

Setiap kumpulan dibahagikan kepada sepuluh orang guru dengan diketuai oleh seorang guru daripada pihak pengurusan iaitu Guru Penolong Kanan atau Ketua Bidang. Mereka bertolak dalam 2 buah kenderaan yang kosnya ditanggung oleh PIBG sekolah. Mereka diarahkan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat atau idea yang boleh dipraktikan di sekolah ini. Setiap kumpulan berbekalkan kamera untuk tujuan pelaporan setelah kembalik ke sekolah nanti.

Hasil perbualan dan perbincangan ringkas bersama guru-guru yang mengikuti program ini, tenyata mereka berpuas hati kerana dapat belajar sesuatu yang baru , hasil dari lawatan ini. Walaupun ada sebahagiannya menyatakan terdapat beberapa aspek yang ternyata kita lebih hebat, namun sekurang-kurangnya kita ada sesuatu yang boleh dipelajari!

Idea perlaksanaan program ini adalah untuk memberikan peluang kepada guru-guru melihat sendiri keadaan di sekolah -sekolah tertentu ini dan seterusnya membuat penilaian akan pencapaian kita di sini, serta mengambil tindakan pro-aktif mengubah sesuatu ke arah kecemerlangan. Sesuailah dengan hasrat kita untuk menjadi sekolah cemerlang peringkat negeri dan kebangsaan.

Ia juga dapat mengelakkan kos yang lebih besar dan mengatasi masalah kesuntukan masa untuk kita membawa guru-guru kita melawat di tempat tertentu yang jauh. Sebenarnya, banyak lagi yang boleh kita pelajari di sekolah-sekolah sekitar kita berbanding di sekolah-sekolah di negeri lain !

Saya berkesempatan mengikuti lawatan ke 2 buah sekolah di daerah Rembau. Banyak juga yang dapat dipelajari. Di SMK Dato Abdullah , kita melihat perlaksanaan kelas KAA yang berjalan dengan cukup baik. Di SMKUR, pula kita dapat melihat perjalanan program lanskap mereka yang hebat. Terima kasih di ucapkan kepada kedua-dua sekolah tersebut di atas kesudian menerima lawatan kita. Lebih menarik apabila pengetua SMKUR, Datih Hjh. Azimah bermurah hati menjamu rombongan sekolah kita makan tengahari di rumah beliau.

Walau bagaimanapun, kita tidak dapat membawa kesemua guru-guru kita di dalam program ini. Insyaallah pada tahun hadapan, kita akan bawa guru-guru lain pula.

Diharapkan segala ilmu dan idea yang diperolehi oleh guru-guru dilaksanakan secepat mungkin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...