SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, August 31, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADHAN 2010












TAHNIAH ....khususnya buat Panitia Pendidikan Islam dan Bidang Kemanusiaan yang telah berjaya menganjurkan Majlis khatam Al Quran sempena Ramadhan pada kali ini yang berlangsung di surau Al- Hidayah SMK Jelai Felda pada 17 Ramadhan bersamaan 27 Ogos 2010 yang lalu. Tahniah kepada Ustazah Sopiah, Ketua Panitia yang berjaya mengem
bleng seluruh tenaga ahli panitia terutamanya Ust Rizal dan ustazah -ustazah lain dalam program yang amat cemerlang ini.

Serama 114 pelajar menyertai program ini, yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1,2,3,dan 4 UIAM serta BADAR sekolah. Program pada petang hari jumaat ini dimulakan dengan Asma -ul Husna, diikuti dengan khatam dan diakhiri dengan doa dan selawat ke atas nabi. Penyampaian cenderamata kepada para peserta telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua dan Ketua Bidang Kemanusiaan.

Bagi tahun ini pelajar turut dihadiahkan senaskah Al-Quran yang telah diberikan pada Majlis Baca Al-Quran , yang telah dilancarkan sebelumnya. Al-Quran ini adalah sumbangan penyumbang-penyumbang. Di samping peserta Khatam Al-Quran, seramai hampir 300 orang pelajar lagi turut terlibat di dalam Program Baca Quran ini. Melalui program ini pelajar dihadiahkan Al-Quran, senaskah setiap seorang untuk dibaca. Setelah tamat atau khatam, Al-Quran tersebut akan menjadi milik mereka sebagai hadiah.

Pihak sekolah berharap agar Panitia Pendidikan Islam agar terus aktif menjalankan aktiviti keagamaan di sekolah ini. Di samping itu, pihak sekolah juga mencadangkan agar diwujudkan kumpulan baca Al-Quran secara berterusan, walaupun selepas tamat Ramadhan ini dan kumpulan penghafaz Al-Quran...Pihak sekolah bersedia mencari dana untuk kedua-dua program ini.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...