SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, August 2, 2010

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM INTENSIF TIMUR TENGAH-











PROGRAM ini dirasmikan penutupannya oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di Allson Klana Resort pada 16 Julai 2010 yang lalu. Dengan tamatnya program ini menandakan hampir tibanya masa untuk pelajar-pelajar berkenaan berangkat ke Mesir.

Turut terlibat di dalam program ini ialah anakanda saya Muhammad Farhan yang akan mengikuti program Qiraati dan Quran di Universiti Al Azhar, Mesir pada 4 Ogos ini.

Dalam program ini YAB Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM2500.00 setiap orang ITQANS yang telah menanamatkan Diploma Tahfiz mereka pada awal tahun ini. Seramai lebih 60 orang pelajar dari lepasan pelbagai sekolah dan mengikuti bidang-bidang lain seperti perubatan, syariah dan usuluddin turut diraikan.

Diharapkan semua pelajar ini beroleh kejayaan dan keselamatan semasa berada di sana. Mereka terpaksa berlepas awal sebelum bulan Ramadhan bagi mengikuti kursus intensif bahasa Arab di Mesir selama 2 bulan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...