SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN TIBA LAGI...

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN..

Ramadhan al Mubarak- bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan untuk kita menyucikan diri daripada dosa dan bulan untuk kita mentarbiyah diri dengan amalan-amalan yang mulia di samping berusaha meningkatkan mutu amalan dan berusaha mendekatkan diri dengan Allah, tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Ramadhan menuntut kita menjaga amalan-amalan fardhu dan melaksanakan amalan-amalan sunat yang diberikan pahala yang besar sepertimana pahala amalan fardhu. Setiap amalan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda dengan serendah 70 kali ganjaran sehingga ratusan atau ribuan kali ganda yang terserah kepada Allah untuk menentukannya.

Dalam menyambut Ramadhan ini, sebagai pelajar, seharusnyalah berusaha meningkatkan amalan dengan bersungguh-sungguh. Inilah peluang kita berusaha memohon kepada Allah agar memudahkan kita dalam menghadapi pelajaran. Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun, gunakan kesempatan untuk kita memohon kepada Allah agar kita diberikan kemudahan , kejayaan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang berkat, bulan yang dimakbulkan doa!

Dekatkanlah diri kepada Allah dengan membanyakkan membaca Al-Quran, bertarawih, bersedekah dan menuntut ilmu yang berguna. Mudah-mudahan dengan mendekatkan diri kita kepada Allah, Allah akan membukakan jalan-jalan kejayaan kepada kita.

Di samping itu, gunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk kita mengulagkaji mata pelajaran. Ruang masa selepas sahur dapat digunakan untuk kita mentelahah pelajaran setelah kita melaksanakan solat tahajud dan solat hajat atau membaca Al-Quran. Janganlah jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk kita mengabaikan pelajaran dengan alasan penat, mengantuk atau lapar dan sebagainya. Ingatlah, Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat pada zaman dahulu, menghadapi rintangan dan halangan yang jauh lebih besar, namun mereka masih mampu melaksanakan segala tugasan harian dan melakukan amalan yang lebih hebat daripada kita pada masa ini. Ramadhan seharusnya menjadi bulan yang membawa keberkatan dan bukannya kesukaran!

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA SMK JELAI FELDA...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...