SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, August 10, 2010

PENGHARGAAN JPNS DI ATAS KEJAYAAN SMK JELAI FELDA




Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih terhadap JPNS yang telah menjemput dan menganugerahkan sijil kecemerlangan kepada pihak sekolah di atas kejayaan sebagai Naib Johan ThinkQuest dalam pertandingan oleh Perdana Leadership Foundation baru-baru ini. Terima kasih khususnya kepada pihak Ketua Sektor Jaminan Kualiti yang sentiasa ingat akan pencapaian cemerlang kita di dalam ICT.

Dalam majlis yang dihadiri oleh semua kakitangan dan pegawai JPNS termasuk Dato Pengarah, saya bersama ketua kumpulan sdri Faizatul Akma Jaidin dipanggil untuk menerima sijil. Rupa-rupanya hanya sekolah kita yang dijemput, khusus untuk menerima sijil berkenaan. Tahniah kepada semua warga ThinkQuest, yang diketuai oleh Encik NurHaslin, juga isteri yang turut hadir membawa rakan-rakan pasukan untuk turut sama ke majlis tersebut.

untuk melakar kejayaan yang lebih hebat, kita akan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa pula selepas ini dan insyaallah dengan pengalaman yang ada , kita akan berjaya nanti. Diharapkan doa dan sokongan berterusan setiap warga sekolah untuk kita melakar kejayaan yang lebih hebat!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...