SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, August 2, 2010

TAHNIAH! - ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010...






TAHNIAH !

Kepada guru dan staf dari SMK Jelai Felda yang mendapat pengikhtirafaran Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
Antara guru dan kakitangan yang mendapat anugerah itu ialah:

1. Ust. Rizal Bin Kemis
2. Encik NorHaslin Mokmin
3. Tn. Syed Naseer Syed Mohideen
4. Encik Ridzuan Samsudin
5. Pn. Sawallaian Samsuddin
6. Encik Sievakumar
7. Encik Mahathir Abd. Rahman
8. Encik Abd. Rahim Pendek
9. Puan Roshayati (KPT)

Encik Abd. Rahim Pendek dan Puan Roshayati menerima APC daripada sekolah lama mereka.

Penghargaan ini adalah suatu penghormatan terhadap komitmen dan sumbangan mereka di dalam perkhidmatan. Ia sudah pastilah menjadi peuntik semangat untuk terus menunjukkan kecemerlangan di dalam kerjaya mereka. Ini merupakan suatu amanah dan tanggungjawab kepada semua penerima untuk memastikan prestasi mereka sentiasa berada pada tahap tertinggi yang mewajarkan mereka diikhtiraf sebegini! Apa yang paling penting ialah, janganlah kita menjadikan APC sebagai target akhir kecemerlangan kita! Ia seharusnya menjadi permulaan untuk kita terus melonjakkan kecemerlangan ke tahap yang tertinggi yang sukar digugat oleh mana-mana pihak!

Bagi yang tidak mendapat APC pada tahun lalu, janganlah bersedih hati dan berasa diri anda tidak cemerlang. Yang membezakan kita hanyalah kuota yang ditetap dan sedikit kekurangan di sana sini yang ada pada diri kita. Jadikan kejayaan rakan-rakan kita ini sebagai pembakar semangat untuk kita pula yang mencipta kejayaaan pada tahun 2010 ini. Kejayaan rakan kita juga adalah kejayaan kita, kerana sudah pasti tanpa sokongan dan bantuan kita semua , rakan-rakan kita juga sukar untuk mencipta kejayaan sendiri. Sebagai satu organisasi yang memerlukan kekuatan teamwork, kita wajar berbangga! Kita sesungguhnya telah membuktikan kejayaan membantu rakan-rakan kita mencipta kejayaan dan membantu menaikkan nama sekolah kita!

Sebenarnya , kita semua telah mencipta kejayaan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...