SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, August 14, 2010

PROGRAM BACA AL-QURAN & KHATAM aL QURAN






SEMPENA RAMADHAN AL -MUBARAK tahun ini pihak sekolah di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Surau sekolah telah menganjurkan Program Baca dan Khatam Al-Quran .

Program ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1. Kumpulan pelajar yang khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini

2. Kumpulan pelajar yang akan meneruskan bacaan Al-Quran sehingga mereka khatam

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menanamkan sikap suka membaca Al-Quran semoga ia akan menjadi budaya kepada para pelajar. Di samping itu ia akan dapat mendidik hati para pelajar agar lembut dan menghindarkan pelajar daripada melakukan gejala sosial.

Sasaram pelajar yang akan mengikuti program ini adalah seramai 500 orang pelajar yang boleh membaca dengan baik di sekolah ini. Namun begitu, ianya terbuka kepada pelajar yang berminat.

Setakat ini, pihak sekolah telah menerima sumbangan Al-Quran hampir sebanyak 300 naskah, hasil sumbangan dan derma orang ramai, guru, ibu bapa. Pihak sekolah berharap akan dapat mencapai sasaran 500 naskah di dalam bulan Ramadhan ini.

Penyerahan Al-Quran kepada kumpulan pertama seramai 98 orang pelajar kelas UIAM (Tingkatan 1, 2 dan 4 ) telah diadakan pada Jumaat, 13 Ogos 2010, bersamaan pada 3 Ramadhan yang lalu , di surau sekolah. Penyampaian disempurnakan oleh tuan pengetua, Encik Omar Bin Ahmad dan Ketua Bidang Kemanusiaan, Ustazah Fatimah Binti Silong. Turut hadir ialah ketua Panitia Pendidikan Islam, Ustazah Sapiah Yunus dan Ustaz Rizal Kemis, sebagai penyelaras program. Encik Norhaslin Mokmin , KB Teknik dan Vokasional bertindak sebagai jurufoto.

Rata-rata pelajar berasa amat gembira mendapatkan naskah Al-Quran ini kerana ini merupakan program julung kali melibatkan penyerahan Al-Quran.

Modus operandi program ini ialah:

1. Alk-Quran akan diserahkan kepada pelajar
2. Bilangan muka surat/ juzuk akan ditetapkan mengikut minggu atau hari
3. Semakan jumlah bacaan akan dibuat setiap minggu atau hari
4. Satu senarau semak akan dibekalkan , dan pelajar dikehendaki mencatat bilangan halaman atau juzuk sendiri secara jujur.
5. Al-Quran berkenaan akan diserahkan sebagai milik pelajar setelah khatam bacaannya.
6. Pelajar yang khatam Al-Quran didalam bulan Ramadhan ini juga akan dihadiahkan senaskah Al-Quran.

Tujuan kita melaksanakan modus operandi seperti di atas adalah untuk memastikan semua Al-Quran yang disumbangkan oleh para penyumbang ini akan dibaca oleh pelajar dan moga-moga pahala bacaannya akan sampai kepada penyumbang berkenaan. Ia juga dapat mengelakkan Al-Quran berkenaan disimpan sahaja di surau dan tidak dibaca atau jarang dibaca.

Moga-moga dengan adanya program ini akan menjadikan pelajar sekolah ini lebih dekat kepada ajaran dan budaya islam dan dapat membentuk akhlak dan peribadi mulia mereka. Moga-moga nur Al-Quran akan dapat membuka hati mereka ke arah islam dam menjadikan Islam sebagai budaya hidup mereka. Secara tidak langsung diharapkan mereka akan mudah menimba ilmu dan beroleh kejayaan. AMIN....

KEPADA PENDERMA....HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS JASA ANDA DAN DIDOAKAN AGAR ANDA BEROLEHAN KEBERKATAN, DIMURAHKAN REZEKI DAN DITAMBAHKAN KEIMANAN DALAM DIRI...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...