SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, August 31, 2010

ICT MANIA ....NETBOOK DI MANA-MANA...






SUATU PERKEMBANGAN YANG AMAT MENARIK berlaku di SMK Jelai Felda apabila wujud senario kelihatan pelajar datang ke sekolah dan melayari internet di sekotar kawasan sekolah pada waktu persekolahan dan selepas waktu sekolah...Pelajar kini bukan hanya belajar menggunakan buku teks di dalam kelas, tetapi juga mencari maklumat melalui netbook masing-masing. Senarionya seolah-olah berada di pusat pengajian tinggi dengan masing-masing pelajar mengepit netbook di samping menggalas beg ketika menuju ke sekolah...Menarik..!Di mana-mana kita dapat melihat pelajar mengakses internet..di kelas,di kantin, di padang, di tepi pagar sekoalh atau di taman-taman di sekolah ini...selain di makmal-makmal komputer dan pusat akses..

Suasana ini wujud hasil daripada skim pemberian netbook percuma kepada hampir 500 orang pelajar terpilih dari sekolah di bawah SKMM. Untungnya sekolah telah pun menyediakan internet jalur lebar dan wifi di seluruh kawasan sekolah. Oleh itu, mudahlah pelajar menggunakan netbook mereka. Bagi pelajar sekitar gugusan Jelai Felda ini , mereka juga boleh menggunakan perkhidmatan Jalur Lebar di Pusat Jalur Lebar , Jelai 4.

Keadaan dan senario ini memang suatu yang amat baik pada pandangan sekolah. Ia juga dapat menjelaskan lagi betapa perlunya pihak pemimpin masyarakat di Jelai Felda ini untuk menyahut program IMARAH MASJID MELALUI ICT yang telah digerakkan oleh sekolah sejak bulan April yang lalu. Malalui program ini, dicadangkan agar semua masjid di gugusan Jelai Felda ini diWIFIkan/ dipasang streamyx bagi membolehkan pelajar mengakses internet secara murah dan terkawal di masjid. Di samping ia secara tidak langsung akan dapat menarik remaja datang ke masjid dan bersolat. Ketika program itu dijalankan pada April lalu, skim netbook ini masih tidak wujud. Namun dengan kewujudan senario sekarang ini ia menjadi amat relevan dan amat penting. Jika tidak , kita khuatir netbook ini akan menjadi bahan simpanan pelajar sahaja dan tidak dapat digunakan dengan optimum.

Oleh itu, pihak sekolah melalui Unit ICT akan menggerakkan semula program ini. Usaha pertama ialah menjemput pihak TMnet untuk mengadakan promosi Broadband pada 1 September 2010 ini dan mengadakan mesyuarat pelarasan bersama masjid-masjid Jelai pada hari yang sama.

Suatu perkara lagi yang turut penting untuk difikirkan ialah untuk memastikan agar para pelajar tidak menyelahgunakan netbook untuk tujuan tidak berfaedah dan mengganggu pelajaran mereka. Pengawasan dan nasihat yang berterusan perlu diberikan kepada para pelajar agar mereka tidak menyeleweng.

Tanggungjawab yang lebih berat kepada para guru dan pihak ibu bapa ialah usaha untuk mengisi netbook pelajar ini dengan bahan, modul atau perisian yang berkaitan dengan akademik bagi memastikan netbook ini boleh membantu peningkatan akademik sekolah. Guru harus bersedia dengan bahan -bahan P & P yang boleh diupload ke netbook para pelajar atau menggunakan sepenuhnya blog-blog panitia untuk memasukakan bahan pengajaran agar dapat diakses dan digunakan oleh pelajar. Guru juga boleh membantu para pelajar mencari blog, web atau URL yang sesuai untuk tujuan pembelajaran pelajar. Jika ini dapat dilaksanakan , maka saya pasti perkembanga ICT di sekolah dan di dalam gugusan Jelai Felda ini akan menjadi sungguh hebat dan mengejutkan pelbagai pihak. Hal ini amat berkaitan sebenarnya dengan watak sekolah kita iaitu sekolah berwatak ICT dan sesuai dengan status SEKOLAH BESTARI 5 BINTANG...

Selamat datang dunia ICT dan selamat menjadi insan yang cerdik maklumat...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...