SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, August 10, 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR ---BERMULA




SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR..kepada semua pelajar tingkatan 3 SMK Jelai Felda 2010. Semoga anda akan terus berusaha dan melaksanakan impian dan sasaran sekolah untuk melonjakkan kecemerlang pada tahun ini.

Didoakan juga agar semuanya berkeadaan sihat dan sentiasa 'lapar' dengan kejayaan. Sesungguhnya peperiksaan ini adalah medan ujian untuk kita menilai pencapaian dan usaha yang telah kita lakukan untuk menghadapi peperiksaan yang sebenarnya. Semoga semangat daripada peperiksaan percubaan ini akan terus menjalar dan berterusan sehingga ke hari peperiksaan PMR yang sebenarnya. Sudah pastilah , jika semangat ini dapat dikekalkan , ia akan mampu menghasilkan kejayaan yang hebat dan kita mampu mencipta sejarah kegemilangan. Di tangan andalah letaknya sandaran dan harapan semua warga sekolah dan ibu bapa anda serta masyarakat di Jelai Felda ini.

Diharapkan juga , semangat untuk terus belajar dan berusaha segigih mungkin , akan berterusan selepas tamatnya peperiksaan percubaan ini. Jangan mudah berpuashati dan leka. Lupakan lah segala sikap buruk enggan datang ke sekolah selepas peperiksaan percubaan , yang menjadi budaya sesetengah pelajar. Ingatlah kita sudah berada di dalam zaman yang serba mencabar dan menagih kecemerlangan. Dunia kini hanya untuk orang yang benar-benar cemerlang. hampir tiada tempat untuk mereka yang leka dengan keseronokkan yang memudaratkan dan yang gagal!

Ingtlah masa depan dan cita-cita yang kita tanamkan sejak kecil ketika ibu dan ayah bertanya kepada kita, ketika kita mula belajar bercakap dan mengenal dunia...segala yang dicitakan adalah yang terbaik...sedangkan kita tidak memahami apa-apaun yang kita ucapkan ketika itu... Dan apakah setelah kita benar-benar faham akan cita-cita yang kita ucapkan iti, kini, kita terus melupakannya dan mengabaikan naluri dan kehendak kita itu sendiri...

Anak-anakku di SMK Jelai Felda...kejayaan dan kecemerlangan adalah hak anda..Cuma anda perlu memilihnya...

1 comment:

hadzili said...

All,

strike the moon, if we miss, we still can landing among the stars

p/s: I’m retired from motong gotah kt kobon jolai tu

Dear Teachers,
Thanks all.. salam Ramadan.. ampun maaf.. Halal kan segala ilmu..


regards
Hadzili Fazli
Lead Instrument Engineer
Kumang CPP Platform
Sime Darby Engineering

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...