SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, May 4, 2014

SISTEM KOD WARNA UNTUK PROGRAM KECERIAAN 2014..SMKTTJ

Keceriaan kelas menjadi satu satu landmark kejayaan program sarana di SMKTTJ yang kini menjadi model dan ikutan beberapa buah sekolah di negara ini.

Justeru itu untuk memantapkan lagi usaha meningkatkan keceriaan kelas di semua kelas yang menjayakan program Sarana di sekolah ini, satu inovasi  barun telah diperkenalkabn hasil idea Tuan Pengetua sendiri iaitu Perlaksanaan  Sistem Kod Warna bagi semua kelas di sekolah ini.

Melalui sistem kod warna yang dilaksanakan, semua kelas akan diberikan nilaian pencapaian keceriaan mengikut warna-warna yang mewakili peratusan markah bagi setiap minggu.

Warna ' emas' - mewakili markah sebanyak 95 % ke atas

Warna 'hijau' - mewakili markah 90 - 94 %

Warna 'biru' - mewakili markah  80 - 89 %

Warna 'merah' - mewakili markah bawah 80%

Sistem pemberian markah di dalam program keceriaan di SMKTTJ ini telahpun mengalami tranformasi semenjak tahun 2011 yang lalu.

Kalau sebelum ini pemberiaan markah adalah berdasarkan kelas terbaik sahaja. Ini menjadikan hanya sebuah kelas sahaja yang terpilih menjadi johan. Keadaan ini menyebabkan hanya kelas tertentu sahaja yang akan dianggap berpotensi menjadi johan pada setiap minggu dan kelas-kelas lain seolah-olah tidak berpeluang untuk menang. Justeru itu ia tidak menggalakkan persaing secara maksimum.



Justeru itu, mulai tahun 2011;

1. Setiap kelas di nilai berdasarkan markah minimum sebanyak 80%.
2. Setiap kelas yang mendapat 80% akan menerima sijil keceriaan.
3. Johan keceriaan kelas hanya akan diumumkan setahun sekali/ semasa hari anugerah Kualiti SMKTTJ.
4.  Markah hanya dipamerkan di dalam kelas.
5.  Markah bagi kedua-dua sessi persekolahan ( pagi dan petang diasingkan)

Tahun 2013:

1.  Gred minimum pencapaian keceriaan telah dinaikkan kepada 85 %
2.  Hadiah wang tunai untuk johan dan naib johan semasa Hari Kualiti & Anugerah Kecemerlangan diberikan.
3.  Markah tambahan diberikan untuk penglibatan aktif ibubapa di dalam program Sarana Ibubapa. ( 10 Markah)

Tahun 2014:

1. Sistem kod warna diperkenalkan dan dipamerkan di luar kelas
2. Semua orang dapat melihat dan mengetahui gred keceriaan setiap kelas secara terbuka.
3. Pemberiaan markah mengikut tema mingguan  atau bulanan ( contoh: sudut bacaan/ Bulan kemerdekaan dan lain-lain)
4. Keceriaan bagi sessi pagi dan petang digabungkan ( hanya ada satu markah bagi 2 kelas yang bergabung)
5. Nama guru kelas turut diumumkan bersama nama kelas .
6. Trofi pusingan mingguan di perkenalkan.
7. Hadiah disampaikan di dalam Majlis Hari Anugerah dan Kualiti SMKTTJ 2014.

Antara tujuan utama perubahan ini adalah:

1. Menggalakkan persaingan sihat antara semua kelas dan semua warga kelas iaitu guru dan pelajarnya.
2. Memberikan penilaian terbuka kepada semua warga untuk menilai kelas terbaik mengikut kod warna .
3. Memudahkan pemantauan pencapaian keceriaan kelas secara pantas
4. Memudahkan pemantauan oleh pihak luar termasuk pelawat dan ibubapa untuk melihat gred keceriaan
    setiap kelas.
5. Memastikan kerjasama yang padu antara kelas di kedua-dua sessi (pagi/ petang)
6. Menjadikan setiap warga bertanggungjawab dan berperanan di dalam menjaga keceriaan kelas.

Kesan Program

1. Kesemua kelas telah mencapai tahap 80 % ke atas.
2. Peningkatan di dalam bilangan kelas mendapat 90 dan 95% ke atas
3. Kerjasama antara kedua-dua sessi (bagi kelas berkongsi) di dalam menceriakan kelas.
4. Kesedaran akan kepentingan menjaga keceriaan dan kebersihan semakin meningkat.

Apa yang diharapkan  agar program ini terus menerus mendapat kerjasama dan penglibatan semua warga sekolah demi menjaga nama baik sekolah yang kini m menjadi model bbagi perlaksanaan program Sarana yang memberikan tumpuan kepada keceriaan kelas.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...