SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, May 4, 2014

PENGGERADAN KELAS BERDASARKAN KEHADIRAN ..SMKTTJ 2014

Usaha ke arah sifar ponteng  menjadi salah satu fokus utama bagi SMKTTJ pada tahun 2014 ini.  Sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah ialah kehadiran sebanyak 95 %. Manakala bagi pihak JPNS pula telah  menetapkan KPI sebanyak 90%.

Ia menjadi isu pokok yang utama apabila didapati kebanyakan pelajar menunjukkan trend ketidakhadiran yang meningkat pada hari-hari tertentu. Melalui kajian yang dibuat terdapat beberapa dapatan yang agak membimbangkan berkaiatan dengan kes ponteng sekolah di sekolah ini:

1. Kebanyakan pelajar yang ponteng/ tidak hadir berada di rumah dan diketahui oleh penjaga mereka.
2. Punca paling utama ialah lambat bangun/ susah bangun pagi
3. Ramai pelajar yang tidur lewat malam kerana berbual atau bekerja menolong ibubapa di gerai atau rakan.
4. Jumlah pelajar paling ramai tidak hadir ialah pada hari isnin dan jumaat.

Isu tidak hadir ke sekolah ini amat besar kesannya kepada pencapaian pelajar. Pelajar yang tidak hadir secara automatiknya akan tertinggal isi pengajaran pada hari berkenaan. bagi pelajar tingkatan 1 hingga 3 yang menjalani PBS , ketidakhadiran mereka ke sekolah pastinya akan memberikan kesan yang lebih besar lagi. Pelajar yang tidak hadir akan menyebabkan mereka terlepas penilaian oleh guru .


 Justeru itu, di dalam usaha untuk menyedarkan dan mempertingkatkan kehadiran pelajar ke sekolah, SMKTTJ telah  mengorak langkah dengan memperkenalkan sistem gred kelas mengikut kehadiran.

Melalui program ini, setiap kelas akan diberikan gred 1 hingga 4 berdasarkan peratusan kehadiran mereka setiap hari dan setiap minggu;

1. Gred 1 - merujuk kepada pencapauian kehadiran 95% ke atas.

2. Gred 2 - merujuk kepada kehadiran 90 - 94 %

3. Gred 3 - merujuk kepada kehadiran 80 - 89 %
4. Gred 4 - merujuk kepada kehadiran kurang 80%

Label gred ini ditampalkan di tiang luar kelas bagi setiap kelas dan boleh dilihat dengan jelas oleh setiap warga sekolah.

Perlaksanaan sistem gred kelas ini telah mula menunjukkan kesan yang hebat:

1. Peningkatan peratusan kehadiran di semua kelas berkenaan.
2. Setiap kelas bersaing sengit meningkatkan kehadiran mereka sesama-sendiri
3. Keperihatinan dan keceriaaan  setiap warga khususnya guruu-guru dan pelajar terlibat.

Untuk menaikkan semangat setiap warga sekolah , pihak sekolah telah menyediakan piala pusingan kehadiran mingguan bagi johan kehadiran kelas dan sebuah Piala Pusingan bagi Johan Kehadiran dan Kebersihan.

Hadia-hadiah ini semuanya disumbangkan oleh pihak swasta,




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...