Anggota rombongan terdiri daripada 38 orang pengetua yang merupakan peserta kursus program di IAB, Nilai dan 4 orang pensyarah.
Kehadiran mereka pada jam 9.30 pagi disambut oleh pentadbir dan ibubapa Sarana PIBG . Mereka berada di kawasan sekolah sehingga jam 4.30 petang.
Aturcara lawatan mereka dimulai dengan sessi bergambar dan taklimat oleh Tuan Pengetua. Seterusnya, sessi lawatan ke kelas dan persekitaran sekolah
Sebelum berehat untuk makan tengahari dan solat zohor bersama-sama para pelajar dan warga sekolah.
Sessi dialog bersama pengetua dan para ibubapa bermula pada jam 2 .00 petang sehingga hampir jam 3.30 petang. Pertanyaan banyak tertumpu kepada usaha sekolah di dalam menarik penglibatan ibubapa dan komuniti, swasta dan NGO di dalam menyertai program sekolah. pertanyaan tentang apa yang mendorong ibubapa tertarik untuk melibatkan diri dengan aktiviti sekolah secara sukarela dan sama-sama menjayakan Sarana banyak ditujukan terus kepada ibubapa yang hadir
Alhamdulillah, rasanya semua ahli rombongan telah berpuashati dan berjaya mencapai objektif lawatan terutamanya di dalam kajian mengenai perhubungan luar sekolah.
Seperkara yang menarik di dalam lawatan ini ialah komitmen yang ditunjukkan oleh para ibubapa di dalam menjayakan program ini. Di samping beberapa guru dan pentadbir sekolah, ibubapa melakukan hampir semua tugasan dengan cemerlang. komitmen dan kesungguhan mereka membantu sejak jam 9.00 pagi sehingga jam 4.30 petang amat-amat mengkagumkan. Tahniah dan syabas!.
Penglibatan ibubapa di dalam menjayakan program-program lawatan Benchmarking di sekolah ini sudah sampai ke tahap yang amat membanggakan.
Kini dengan bilangan kehadiran lawatan ke sekolah ini yang semakjn hari semakin banyak, komitmen ibubapa ini sangat-sangat diperlukan. tambahan lagi kebanyakan lawatan kini diadakan pada hari persekolahan dan hari cuti. Ketika guru-guru sibuk mengajar di dalam kelas pada hari-hari persekolahan dan sibuk pula bercuti ketika musim cuti, ibubapa inilah yang menguruskan segala urusan berkaitan lawatan.
Bermula dengan acara sambutan , menjadi penyambut tetamu, menjadi pengacara, pembaca doa, memesan makanan, menguruskan bilik mesyuarat untuk taklimat, menyusun bahan-bahan dokumentasi, menghidang makanan, mengemaskan meja selepas jamuan , menguruskan cenderahati, mengambil gambar dan segalanya diuruskan oleh mereka.
Semakin hari, beban tugas yang dahulunya digalas oleh guru-guru kini diambilalih oleh ibubapa. Mereka juga sudah setanding guru-guru di dalam menguruskan lawatan ini.
Dengan pengalaman menguruskan lawatan sejak hujung tahun 2013 yang lalu, mereka semakin mahir dan tidak lagi kekok di dalam mengendalikan apa jua majlis.
Inilah manfaat Sarana sepertimana yang menjadi slogan Sarana di sekolah ini iaitu, SARANA MEMBUKA RUANG MENCIPTA PELUANG..
No comments:
Post a Comment