


Sambutan pada tahun ini, benar-benar membawa konsep hari guru adalah hari di mana para guru diraikan oleh para ibubapa, pelajar , staf dan komuniti. Ia secara terus telah mengubah senario dan konsep sambutan hari guru selama ini, yang mana ia diraikan dan disambut sendiri oleh para guru. Segala-galanya dilakukan oleh guru. Pendek kata, guru syok sendiri!
Dengan aktiviti dan perjalanan sambutan ini diambilalih oleh pihak-pihak tadi, para guru adalah menjadi tetamu istimewa yang diraikan dan diutamakan. Semuanya diatur dan diuruskan oleh para ibubapa, pelajar dan staf serta komuniti.

Bermula dengan membuat persiapan memnyediakan makanan, tempat jamuan, menentukan menu dan tempahan makanan, menyediakan hadiah dan cenderahati, menguruskan permainan, menjadi pengacara ,dan menghiburkan para guru dijamuan makan dengan dendangan lagu juga, diuruskan oleh mereka. Gabungan tenaga mereka di dalam mengendalikan majlis ini, merupakan sesuatu yang mengkagumkan, walaupun ini merupakan penglibatan mereka buat kali pertama.

Gimik sambutan hari guru pada tahun ini juga amat kreatif dan mengujakan. Begitulah para pelajar! Jika mereka ini dapat dididik menggunakan kemahiran dan kreativiti mereka , hasilnya tentu mengkagumkan!

Sessi permainan juga memperlihatkan suatu pembaharuan pada tahun ini , apabila pertandingan bolasepak dan bola jaring dipertandingkan antara guru, gelajar dan penjaga. Penyertaan dan kesanggupan para ibubapa dan beberapa ahli komuniti bersama memeriahkan acara permainan ini, mengeratkan lagi hubungan dan kemesraan yang sedia terjalin antara mereka. Selain menghiburkan, menjadi medan untuk menonjolkan bakat para guru , ibubapa serta komuniti.
Pada tengaharinya , para guru diraikan dengan jamuan makan oleh PIBG. Keseluruhan majlis dikendalikan oleh ibubapa yang hadir. Merekalah yang menempah makanan, menjadi pengacara, pembaca doa dan seterusnya menghiburkan para guru dengan dendangan lagu secara karaoke..

Tersentuh hati melihatkan komitmen dan sumbangan mereka di dalam memastikan majli sambutan ini berjalan dengan baik dan kepuasan kepada para guru pada hari istimewa mereka ini. Walhal ia tidaklah menjadi tanggungjawab dan tugas para ibubapa ini untuk meraikan guru-guru . Kesanggupan dan komitmen mereka bukan setakat menguruskan majlis namun meninggalkan rumah dengan tanggungjawab terhadap anak-anak dan suami dan hadir ke sekolah untuk meraikan para guru!

Sesungguhnya, majlis sambutan pada hari ini telah mencipta sejarah! Sejarah kerjasama dan komitmen ibubapa, pelajar , staf dan komuniti di dalam menjayakan program sekolah dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada para guru..
Tahniah dan syabas!
No comments:
Post a Comment