Tahap internet Malaysia ,124 dunia,Vietnam pun 18.4Mbps.
Dalam laporan itu,Malaysia diatasi Veitnam dan Kemboja. Negara Vietnam kelajuan pindah turun 18.4 Mbps.Sementara itu Kemboja ,5.8Mbps.
Malaysia 12 kali lebih teruk berbanding Singapura 68.71Mbps dan Hong Kong 80.46Mbps.
Negara kita jauh ketinggalan dengan negara Madagascar yang memounyai kelajuan purata pindah turun 13Mbps
Terbaca maklumat ini di dalam internet. Tidak pasti ia benar-benar- betul atau salah. Sebab memang banyak maklumat di internet ini yang betul dan tidak begitu betul . Kadang-kadang ia memerlukan penelitian yang lebih untuk memastikan kebenarannya.
Namun, walau bagaimanapun, realiti yang berlaku , mungkin benar.
Di Malaysia ini memang banyak pembekal internet. Pelbagai nama dan pelbagai tawaran hebat yang diberikan melalui iklan atau promosi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat ini. Kebanyakannya menumpukan kepada betapa lajunya capaian internet yang dibekalkan.
Namun sebagai rakyat negara ini yang telah begitu lama didedahkan dengan Telekom Malaysia, pilihan produk TM ini tetap menjadi keutamaan. Mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan dan ia memang dahulunya merupakan syarikat "kerajaan'.
Bermula dengan streamyx, UNIFI dan ada pula streamyx extra dan pelbagai lagi. Daripada kelajuan sekitar 1mb , ia bertambah-tambah laju sehingga 5mbps, 10mbps, dan sehingga 20mbps... Mungkin ada lagi yang lebih laju , yang mungkin saya tidak pasti lagi...
Pada masa UNIFI dilancarkan, kita semua war-war dengan tahap jalur lebar 5. Khabarnya ia amat laju. Mudah untuk 'download' bahan atau video tanpa sangkut-sangkut. Maka ramailah yang bertukar ke UNIFI untuk merasai kelajuan itu. Antaranya , termasuklah saya. Itupun setelah seringkali didesak oleh anak-anak..
Namun , selang beberapa lama melanggan perkhidmatan UNIFI ini, ia dirasakan semakin perlahan dan semakin sukar..Segala cerita yang dikhabarkan dahulu, tidak seperti apa yang diterima sekarang ini.
Saya teringatlah semasa saya berkunjung ke Korea Selatan pada tahun 2011 dahulu dalam rangka lawatan melihat sistem pendidikan di Korea terutamanya yang menggunakan internet sebagai media nya. Ternyata sesuatu yang memeranjatkan!..
Kelajuan internet di sekolah-sekolah di Korea Selatan ialah 100mbps!. Di rumah pula dikhabarkan sehingga 150mbps...
Namun apabila terbaca artikel di atas ini , bila mana Malaysia tertinggal di bawah negara-negara yang ternyata lebih mundur dan kurang maju berbanding Malaysia, saya pun tertanya-tanya ..Mengapa?
Tidak hairanlah, apabila sistem kemasukan markah secara online di dalam PBS tempohari , menjadi rungutan dan kekacauan paling hebat bagi para guru. Bukan setakat internetnya perlahan, malah 'jammed' .. Sangat sedih apabila terbaca di dalam facebook guru -guru sekolah saya yang memaklumkan 'cubaan' untuk memasuki sistem:
'jam 10 malam...cuba masuk..tak boleh jugak...
jam 3 pagi sekarang...cuba masuk lagi...bilalah boleh masuk ni...cuba lagi subuh nanti
jam 5.30 pagi...masih tak boleh masuk...Tolonglah.....
No comments:
Post a Comment