Pada hari ini, Piala Kejuaraan dan hadiah iringan yang dimenangi oleh SMKTTJ dipamerkan ke hadapan seluruh warga sekolah dan ibubapa untuk dikongsikan kegembiraan menjadi juara hasil kerjasama semua pihak dan seluruh warga sekolah.
Pada pagi ini juga seluruh jawatakuasa Sarana dan jawatankuasa persiapan Penilaian PIBG Cemerlang Sekolah hadir.

Acara diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua yang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan seluruh warga sekolah khususnya jawatankuasa Sarana dan persiapan Penilaian PIBG Cemerlang. Segala usaha dan penat lelah serta pengorbanan terbayar dengan pencapaian yang amat menakjubkan ini.!

kegembiraan dikongsi bersama seluruh ibubapa yang hadir dan turut dijemput naik ke pentas untuk bergambar.
Kenangan indah dan hebat ini turut dirakamkan oleh krew Utusan Malaysia yang hadir untuk membuat liputan.

Pelbagai aksi dan paparan kegembiraan dapat dilihat daripada kumpulan-kumpulan setiap warga sekolah dan ibubapa yang bergilir-gilir bergambar dengan piala kemenangan. Daripada kumpulan guru-guru sehinggalah ibubapa yang bergambar gembira bersama anak-anak mereka pada hari itu.
Sesungguhnya kejayaan SMKTTJ ini amat manis dan amat hebat!
Fakta membuktikan:

2. SMKTTJ/ PIBG memenangi kejuaraan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan buat pertama kali dalam sejarah.
3. Pencapaian ini adalah satu sejarah bagi JPNS kerana ia merupakan pencapaian tertinggi sekolah di negeri sembilan.
4. Penyertaan ke dalam pertandingan ini hanya diputuskan pada saat akhir iaitu 2 minggu sebelum pertandingan daerah Seremban berlangsung.

5. SMKTTJ merupakan satu-satunya sekolah yang memenuhi tema pertandingan tahun ini iaitu berkaitan dengan Sarana iaitu Elemen 9 di dalam PPPM.
6. Penglibatan ibubapa di dalam sessi pembentangan bersama sebahagian guru merupakan fenomena baru di dalam hubungan dan kerjasama antara sekolah dan ibubapa, komuniti dan swasta.
7. SMKTTJ menampilkan seluruh element di dalam Elemen 9 , PPPM iaitu melibatkan kersama ibubapa, komuniti, swasta , NGO, Agensi awam di dalam penilaian di peringkat kebangsaan.

Sesungguhnya kejayaan ini sepatutnya dijadikan pembakar semangat untuk seluruh warga sekolah meningkatkan kecemerlangan di dalam pelbagai bidang.
Sesuai dengan slogan kecemerlangan sekolah pada tahun ini iaitu, CIPTA KEJAYAAN.

Kejayaan PIBG Cemerlang ini merupakan satu permulaan dan menifestasi daripada hasrat tersebut.. Satu kejayaan telah dicipta! Kita mahukan kejayaan di dalam setiap bidang dan cipta kejayaan sebanyak mungkin...Kejayaan yang hebat!


InsyaAllah, kita ada perancangan lain untuk terus mencipta kejayaan. Kuatkanlah semangat semuanya dan kita tidak akan berhenti , MENCIPTA KEJAYAAN...
No comments:
Post a Comment