SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, September 25, 2013

SUMBANGAN HEBAT SARANA-TN.HJ.IDRUS & HJH S.AMRAH




Saya terasa cukup terharu, apabila dalam perjalanan pulang (jam 5 petang) ,di pintu pagar sekolah, saya terserempak dengan sepasang suami isteri yang hebat ini, membimbit set drill dan alatan lain menuju ke dalam kawasan sekolah. .Saya sempat memberi salam dan bertanyakan kepada mereka: "Nak ke mana pulak ni!", tegur saya dari dalaam kereta.. Nak ke kelas...Meja budak dah patah.." , kata Hj. Idrus sambil isterinya tertawa kecil... "Wah! Ini memang hebat...Terima kasihlah...", kata saya mengagumi komitmen kedua suami isteri ini...
 
 Begitulah , kehebatan sarana yang berlaku di sekolah ini. ini merupakan salah satu daripada puluhan pemandangan dan perisrtiwa hebat yang berlaku di sekolah ini sejak Sarana dimulakan di sekolah ini sekitar bulan febuari 2013 yang lalu.
 
 
 Bagi sebahaagian ibubapa di sekolah ini seperti kedua-dua suni isteri ini, kehadiran mereka ke sekolah bukan suatu yang janggal. Wajah mereka berdua ini adalah sebahagian daripada wajah-wajah ibubapa hebat di sekolah ini yang seringkali dapat dilihat pada setiapo masa di sekolah ini. Bukan sekadar mereka hadir pada majlis-majlis yang diadakan, malah mereka lah di antara yang sangat aktif menjayakan Sarana di sekolah ini. 
 
 
Pada pagi sebelumnya, mereka berdua ini adalah merupakan sebahagian daripada ibubapa yang hadir ke sekolah menjadi jurucakap Sarana yang memberikan penerangan kepada rombongan Pengetua dan Guru besar serta pegawai dari PPD Port Dickson dan beberapa guru daripada SMK Dato Shamsudin Naim. Ibubapa ini sudah begitu arif tentang perjalanan sekolah ini dan betul-betul memahami tentang Sarana di sekolah ini. Justeru itu, pihak sekolah memang telah memberikan kepercayaan dan keyakinan penuh kepada ibubapa di sekolah ini untuk bercakap tentang Sarana kepada tetamu atau pelawat yang berkunjung ke sekolah ini. Tuan Hj. Idrus daan Hjh. Siti Amrah juga adalah merupada AJK Sarana ibubapa peringkat sekolah dan kelas anak mereka iaitu kelas 2UM. Komitmen mereka berdua cukup terserlah dan tidak hairanlah kelas anak mereka ini (2UM) adalah antara kelas terbaik dari segi keceriaan dan penglibatan ibubapanya. Kelas ini jugalah yang telah berjaya mencuit hati Timbalan Ketua Pengarah KPM, Dato Dr.Khir Yusof semasa beliau melawat sekolah ini pada 16 September 2013 yang lalu. Buat Tuan Hj. Idrus dan Hjh. Siti Amrah...saya benar-benar kagum dan terharu...Hanya ucapan terimakasih dan doa moga tuan berdua dipanjang kan usia dan diberikan kesihatan yang berpanjang serta semangat yang kuat untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan sekolah ini...Amin...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...