SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, October 4, 2013

SUMBANGAN PASU HASIL SARANA IBUBAPA

 alhamdulillah....

Ini satu lagi rezeki  yang dapat dinikmati hasil daripada perlaksanaan Sarana di SMKTTJ.

Melalui maklumat  yang disebarkan oleh Encik Mohd. Nor, pengawal keselamatan sekolah bercakap dengan beberapa orang ibu bapa pelajar yang berkunjung ke sekolah untuk urusan persekolahan anak, akhirnya dapatkan dikumpulkan hampir 150 biji pasu dan batu bata untuk tujuan keceriaan di sekolah ini.

Inilah hebatnya Sarana! Ternyata Sarana telah  membuka Ruang dan Peluang bagi setiap ibu bapa, komuniti dan masyarakat untuk menyumbang ke arah membantu kecemerlangan sekolah. Ia juga merupakan suatu mesej yang amat jelas betapa mudahnya melaksanakan Sarana di sekolah-sekolah. Apa sahaja yang boleh membantu sekolah, boleh disumbangkan , hatta pasu-pasu bunga terpakai seperti yang dijayakan oleh masyarakat dan ibubapa di sekitar SMK Taman Tuanku Jaafar.

Perkara yang juga tidak kurang menariknya ialah penglibatan Encik Mohd. Nor , pengawal Keselamatan sekolah ini iaitu dari Syarikat Kawalan Keselamatan Swasta yang telah melaksanakan Sarana dengan mengambil tanggungjawab untuk menceriakan kawasan pintu masuk sekolah ini dengan menanam dan mereka sendiri lanskap di kawasan tersebut.  ini sekaligus membuktikan tahap pemahaman akan konsep Sarana yang turuy sama dihayati bukan hanya oleh guru dan ibubapa , namun termasuklah pekerja swasta di sekolah ini.

keseluruhan kawasan dan persekitaran pintu pagar sekolah, kawasan sekitar surau dan kawasan berhampiran dengan Bilik Operasi Sarana , telah diambilalih oleh beliau untuk dicantikkan. Semuanya dilakukan di atas dasar kesukarelaan dan kesedaran akan keperluan setiap warga sekolah bersama-sama menyumbang ke atas kecemerlangan sekolah

Sambutan yang diberikan oleh masyarakat dan ibubapa juga amat menggalakkan. kawasan yang pada asalnya kelihatan begitu muram, kini telah kembali bercahaya dengan keindahan bunga-bunga yang segar dan tumbuh subur.

Setiap hari , Encik Mohd. Nor akan menyiram , membaja , menanam dan mengubah bunga serta menyemai benih bunga yang baru untuk dihias di kawasan tersebut.  Sifat kreativiti dan innovasi yang ditunjukkan oleh beliau juga amat menakjubkan. ketika ditanyakan tentang jenis baja yang digunakan, beliau menjelaskan bahawa , beliau hanya menggunakan baja daripada tanah bakar yang dicampurkan dengan air dan disiramkan setiap hari.

Penyiraman air juga dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pihak sekolah telah menyediakan paip getah yang panjang untuk kemudahan beliau menyiramkan air  ke atas bunga -bunga yang ditanam.

Keindahan dan kecantikan bunga-bunga yang dijagai oleh beliau ini sentiasa  menjadi tarikan dan menjadi tumpuan pertanyaan setiap pengunjung ke sekolah ini.


Ternyata, minat, komitmen dan kesungguhan beliau menghayati konsep Sarana dengan menunjukkan contoh terbaik , telah mampu mengharumkan nama SMKTTJ . inilah salah satu bukti kehebatan Sarana.

Tahniah Encik Mohd. Nor di atas komitmen dan jasa bakti yang hebat ini. Kehebatan beliau telah dibuktikan dengan terpilih sebagai pemenang Anugerah Staf Swasta Terbaik pada Majlis Hari Kualiti dan Kecemerlangan Sekolah  2013 pada 28 September 2013 yang lalu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...