SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, September 9, 2013

Sarana SMKTTJ ke Seri Pentas, TV3. 4 Sept 2013

Alhamdulillah....

Segala usaha yang didukung oleh para guru , ibnubapa dan pelajar sekolah ini di dalam  menjayakan Sarana, mendapat perhatian umum dan media dan dapat disebarkan ke seluruh pelusuk negara dengan penglibatan kumpulan Sarana SMKTTJ yang terdiri daripada Tuan Pengetua , Ibubapa dan pelajar di dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) secara langsung di TV3 pada 4 September 2013 yang lalu.

Di dalam program ini, pihak sekolah diwakili oleh Tuan Pengetua sendiri. Ibubapa pula di wakili oleh Puan Rohani dan bagi pihak pelajar diwakili oleh Shafiq Aiman (2UM).

Turut bersama di dalam rombongan ke seri Pentas ini adalah Encik Kalaiselvam (GPK Kokurikulum) dan 5 orang ibu yang mewakili Sarana SMKTTJ.

Di dalam program selama 20 minit secara langsung di bawah tajuk, "Ibubapa Menceriakan Kelas", kita telah berjaya memaparkan kehebatan para ibubapa sekolah ini yang telah menyumbang tenaga dan wang ringgit serta idea di dalam menjayakan aktiviti menceriakan persekitaran kelas agar para pelajarnya berasa seronok belajar dan rajin datang ke sekolah. Ibubapa ini lah yang telah menyahut seruan pihak sekolah untuk bersama berperanan di dalam  menentukan kecemerlangan pendidikan anak-anak khususnya di dalam aspek  menceriakan kelas.

Melalui program ini , kita dapat mewar-warkan juga kesan daripada perlaksanaan program ini kepada semua aspek yang menjadi sasaran pihak  kementerian di dalam  mewujudkan persekitaran pembelajaran cara baru. Antara aspek yang menyokong pembelajran yang dinyatakan itu ialah:

1. iklim sekolah
2. komunikasi berkesan
3. tanggungjawab bersama
4. keputusan bersama
5. kerjasama dengan komuniti
6. sokongan terhadap kejayaan pelajar

Sesungguhnya melalui program ini , SMKTTJ semakin harum namanya dan semakin dikenali dengan kecemerlangan dan kejayaan melaksanakan satu program yang sukar dilaksanakan bagi sesetengah sekolah.
Kejayaan ini sekaligus dapat menaikkan imej sekolah dan memadamkan segala tanggapan negatif masyarakat terhadap sekolah ini, sebelum ini. Inilah sasaran yang telah ditetapkan oleh Tuan Pengetua , iaitu untuk " cabar imej lama...ubah imej baru". Tujuannya tidak lain adalah untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat akan kemampuan sekolah di dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti dan menyakinkan ibubapa bahawa sekolah ini mampu menjadikan anak-anak mereka insan yang mulia atau modal insan yang baik. Kita mahu memastikan supaya pelajar yang keluar daripada sekolah ini , bukan hanya pelajar yang bagus akademiknya dan laku di'pasaran', malah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai karektor dan imej yang hebat...sama ada daripada segi, personalitinya, pemikiran, kelakuan, bahasanya dan soft skill lain yang perlu bagi mereka berjaya sebagai insan yang berguna.

Di sinilah sebenarnya, Sarana ini cukup berperanan. Sokongan ibubapa dan kepercayaan atau 'trust' yang diberikan oleh ibubapa kepada pihak sekolah untuk menjadikan anak-anak mereka seperti yang dinyatakan tadi. impak dan kejayaan ini akan bertambah besar, hebat dan cepat , jika penglibatan ibubapa juga semakin hebat.

Ucapan terima kasih kepada pihak TV3 dan KPM yang telah membantu SMKTTJ di dalam mengubah imej dan persepsi ke atas sekolah ini sehingga menjadi terkenal dan disegani. Berbanggalah saeluruh warga sekolah dan semua ibubapa kerana , hasil kegigihan dan kepercayaan sesama kita , akhirnya kita berjaya mengecapi kejayaan dan kecemerlangan bersama.






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...