Usaha terakhir untuk membantu anak-anak didik yang akan menghadapi peperiksaan awam pada bulan Oktober (PMR) dan bulan November (SPM) nanti, dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 19 September 2013 yang lalu.
Ini jelas, memberikan gambaran tentang kejayaan program Sarana Ibu Bapa yang diamalkan di sekolah ini.
Program pada malam ini telah bermula seawal jam 6.30 petang dengan kehadiran para ibubapa bersama-sama anak-anak masing-masing. kehadiran ibubapa telah disambut dengan mesra oleh Tuan pengetua bersama Guru-Guru Penolong Kanan dan jawatankuasa PIBG serta Sarana.
Bersambung dengan solat maghrib , yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mumtaz Harun, ternyata , ibubapa amat teruja .
Aktiviti pada malam itu, berterusan dengan bacaan Surah Yasin dan zikir sebelum , para hadirin menunaikan solat isya. Kemuncak kepada program pada malam berkenaan adalah solat taubat dan solat hajat yang ditujukan khas untuk memohon pertolongan kehadrat ilalahi agar semua paelajar ini dipermudahkan mereka di dalam menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.
No comments:
Post a Comment