SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, September 23, 2013

RAKAN KONGSI BARU SARANA-KOLEJ SEGI...

 Program Sarana SMK TTJ  yang semakin mendapat perhatian masyarakat mencatat satu lagi kejayaan dengan terjalinnya hubungan bersama Kolej SEGI.

Melalui wakil Kolej SEGI, Encik Micheal Khana, suatu perbincangan dan persetujuan untuk mengadakan kerjasama telah terhasil. Usaha yang dirintis oleh Encik Paramesivam, Guru Kaunseling sekolah ini telah dipersetujui oleh Tuan Pengetua.

Pada mulanya , pihak sekolah telah memohon untuk menjayakan Hari Graduasi sekolah ini diKolej SEGI. Namun , disebabkan ruang di kolej berkenaan yang kecil dan tidak mampu untuk  menampung jumlah yang besar, maka, perbincangan kerjasama lain telah diadakan.

 Melalui perbincangan pada hari ini ,pihak Kolej SEGI telah bersetuju untuk menawarkan hadiah siswa di atas nama "Principal Sponsorship" kepada pelajar terbaik  tingkatan 5 pada tahun ini untuk melanjutkan pelajaran dengan hadiah siswa sebanyak antara RM25 000 hingga RM35 000 setahun.  Pemilihan pelajar akjan dilakukan oleh pihak sekolah sendiri.

Sesungguhnya , ini merupakan suatu perkembangan yang amat menarik dan sokongan yang hebat di dalam menjayakan operasi Sarana di sekolah ini.

Di samping itu, pihak sekolah juga telah menawarkan beberapa peluang kerjasama antara sekolah dan SEGI dari segi:


1. SEGI College menyediakan anugerah khas pencapaian terbaik pelajar sempena majlis Graduasi:

2. Meletakkan logo kolej berkenaan pada jersey rasmi sekolah yang baru (sessi 2014)

3. Menjadi rakan kongsi dan pembimbing Project  SPM English 2016 , melalui bimbingan dan khidmat
    pakar bagi memastikan kompetensi pelajar sekolah ini di dalam bahasa Inggeris akan mencapai tahap
    tertinggi pada SPM 2016 (wajib lulus SPMN 2016)

4. SMKTTJ akan membantu promosi kolej kepada sekolah-sekolah di sekitar Negeri Sembilan melalui program-program sekolah dan agensi luar.

Semoga dengan kerjasama yuang dijalin ini akan menyemarakkan lagi penglibatan agensi swasta dan komuniti di dalam membantu kecemerlangan sekolah serta menjayakan program Sarana di sekolah ini kepada satu tahap yang tertinggi.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...