Alhamdulillah...seperti yang diaturkan, Sarana SMKTTJ bersiaran langsung di TV3 melalui Wanita Hari Ini di Seri Pentas. peluang ini adalah kesempatan bagi SMKTTJ memperkenalkan sekolah kita ke seluruh negra dan memperkenalkan Program Sarana dan penglibatan Ibubapa kita di dalam membantu program sekolah.
Tahniah buat ibu-ibu yang memberikan sokongan yang amat hebat dan bersama-sama menjayakan program sekolah dengan penuh komitmen. Ibubapa sekolah ini menjadi bukti dan model bagi kebolehan dan komitmen yang boleh dilakukan oleh setiap penjaga di dalam memajukan sekolah dan bersama-sama sekolah di dalam usaha mencemerlangankan anak-anak dan mengangkat martabat nama sekolah kita ini.
Terima kasih juga buat guru-guru dan pelajar yang sentiasa setia dan komited di dalam merealisasikan visi dan halatuju sekolah. Kerjasama ini adalah bukti kemampuan kita bersama...
Kini , tanggungjawab kita adalah untuk memastikan nama SMKTTJ sentiasa di atas dan menjadi contoh teladan kecemerlangan program ini. Saya amat terharu dengan komitmen ibu-ibu ini yang amat yakin dengan kejayaan dan manfaat program ini.
Doakan semoga program ini akan memberikan natijah kepada pencapaian cemerlang di dalam pencapaian akademik , sahsiah dan ko-kurikulum serta nama harum sekolah kita ini...Terima kasih semua...
Rombongan SMKTTJ ini merangkumi 3 orang guru termasuk Tuan pengetua sendiri, Encik Kalaiselvam (GPK KoKu) dan puan Hasni (Krew Video). Sementara itu, ibu-ibu pula adalah seramai 5 orang.
Saya rasa terharu dengan komitmen ibu-ibu ini . Walaupun mereka ini ada tanggunjawab dan tugas-tugas di rumah yang harus dijalankan, namun mereka terpanggik untuk turut serta bagi memberikan sokongan kepada menjayakan program Sarana ini bersama. memanglah hebat ibu-bapa di sekolah ini.!
Penglibatan ibu-bapa di sekolah ini sebenarnya menafikan cakap-cakap yang kononnya ibubapa sukar memberikan kerjasama. kebanyakan mereka ini bersifat demikian kerana mereka tidak faham atau tidak mendapat kefahaman yang betul akan apakah bantuan dan sokongan yang boleh diberikan dan bagaimana caranya untuk mereka mebantu sekolah.
Memanglah sukar untuk mendapatkan sokongan semua ibu bapa. namun janganlah disebabkan itu, maka kita kecewa dan berhenti daripada melaksanakan program sehebat ini. Kesabaran adalah kunci kejayaan di sekolah ini dan komitmen serta pengorbanan adalah rencah ratus yang menjadikan ia semakin mudah. Komitmen ibubapa dan komitmen guru-guru serta para pelajar amat penting sebagai 'booster' yang akan mempercepatkan kejayaan Sarana ini.
Setiap orang harus sedar akan tanggunjawab masing-masing. Janganlah dengan perlaksanaan sarana ini , para guru pula ingin berlepas tangan seolah-olah menyerahkan tugas menceriakan kelas, melakukan aktiviti Sarana ini kepada para ibubapa sahaja. Sepertimana ibubapa tidak boleh menyerahkan soal pendidikan anak-anak seratus peratus kepada sekolah, kerana tanggunggungjawab asalnya adalah kepada ibubapa, Begitulah juga di dalam soal menyediakan persekirtaran pembelajaran yang kondusif ini. tanggungjawab asalnya adalah kepada para guru. Ibubapa hanyalah membantu sahaja. Jadi para guru dan sekolah , janganlah pula berlepas tangan , mentang-mentang ibubapa telah mengambil sebahagian tangggungjawab tersebut!
Namun, di SMKTTJ...kita berjaya membuktikan kerjasama dan komitmen yang hebat ini...!
No comments:
Post a Comment