Begitulah kegahairahan yang terpancar di dalam diri setiap guru di sekolah ini yang penuh bersemangat untuk menjayakan sistem pembelajaran terbaru KPM iaitu Virtual Learning Enviroment (VLE).

Seseuai juga dengan status SMKTTJ sebagai "Champion School", maka , sesuatu yang drastik perlu dilakukan.

Misi pada hari berkenaan adalah:

2. Memuat turun bahan-bahan pengajaran ke dalam laman masing-masing.
3. Meng"upload" bahan ke KPM

InsyaAllah, pada minggu ini dijangkakan kita akan mampu mencapai kejayaan ke angka melebihi 300 mata.
Penggunaan VLE di dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah sesuatu yang baru. Namun , berdasarkan pencapaian di sekolah-sekolah lain yang telah melaksanakan program ini secara aktif, ternyata ia mempunyai banyak kelebihannya.

Para pelajar juga mampu mengikuti pembelajaran secara aktif dan interaktif bersama guru mereka. Segala bahan pembelajaran dan latihan boleh dimuat naik ke laman VLE guruu dan para pelajar boleh mengikuti pembelajaran secara mudah.

Apa yang perlu diutamakan ialah keperluan dan manfaat kepada anak didik kita. Kita takut jika disebabkan kegagalan kita mengikuti arus teknologi pembelajaran ini , maka anak didik kita mengalami kerugian malah tertinggal berbanding rakan-rakan mereka yang berada di sekolah lain.
Kita yakin, SMKTTJ tidak akan ketinggalan dan sentiasa menyerlahkan kehebatannya untuk bersaing dan mencabar sekolah-sekolah lain. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment