SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, May 19, 2013

LAWATAN DATUK DR. KHIR MOHD YUSOF- TIM. KETUA PENGARAH KPM KE SMK TTJ 16 MEI 2013

SEKALUNG TAHNIAH.....

Kepada semua yang terlibat di dalam majlis sambutan lawatan Yang Berbahagia Dato Dr Khr Mohd. Yusuf, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke SMK TTJ pada 17 Mei 2013.  terutamanya kepada semua guru, pelajar dan istimewanya kepada ibubapa di dalam program SARANA  yang telah sanggup datang menyambut kehadiran Dato Dr. Khir pada jam 8 .00 pagi , walaupun dengan makluman yang singkat . itulah hebatnya ibubapa hasil daripada rahmat Program Sarana yang dijalakn di sekolah ini.

Bagi pihak sekolah, saya ingin meluahkan rasa terima kasih dan satu penghormatan kepada semua warga sekolah, ibubapa  dan pelajar yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia , khususnya oleh Dato Dr. Khir sendiri yang sudi melawat kami di SMK TTJ ini.

Saya juga begitu gembira kerana Dato Dr. Khir benar-benar telah menunaikan janjinya untuk datangke sekolah ini semasa beliau menyampaikan cenderamata kepada saya sebagai ahli panel dalam Forum Penglibatan Ibubapa d, Komuniti dan Swasta di kompleks Belia Paroi pada 14 Mei 2013.

Kehadiran beliau tepat pada jam 8.00 turut disambut oleh Puan Asiah , Timbalan Pengarah Bahagian sekolah Harian yang menguruskan program sarana di KPM dan Dr. Hayati, Tim pengarah PADU, KPM , serta Tuan Azmi Basir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNS. Turut hadir juga ialah Datin Khalijah , NYDP PIBG SMKTTJ .

Tujuan utama kedatangan Dato Dr. Khir adalah untuk melihat sendiri perlaksanaan program SARANA IbuBapa yang telah berjalan sepenuhnya di sekolah ini. Beliau ternyata amat tertarik semasa mendengar pembentangan saya semasa majlis forum dan semasa melawat gerai pameran SARANA yang diuruskan oleh SMKTTJ dengan kerjasama ibubapa  yang turut bertugas di gerai tersebut secara syif pada setiap hari. Segala susunan gerai, jadual tugas, mencetak, menampat dan memberi penerangan tentang SARANA serta menjual CD SARANA juga dilakukan sepenuhnya oleh ibubapa.!

Ketibaan dato Dr. Khir kemudiannya telah dibawa terus melihat ke kelas-kelas yang telah menjalankan program SARANA.  Namun disebabkan kesuntukan masa , beliau hanya sempat mengunjungi beberapa buah kelas sahaja. Walaupun pada hakikatnya semua kelas telahpun melaksanakan SARANA ini secara penuh.

Apa yang mengembirakan kami ialah, pada sepanjang tempoh lawatan ternyata Dato Dr. Khir amat gembira dan terkejut melihatkan kejayaan dan hasil daripada perlaksanaan SARANA tersebut. Ternyata  kami berpuashati dapat memberikan beliau suatu kepuasan dan pengalaman baru tentang kejayaan SARANA . Tambah menyakinkan beliau melalui lawatan ini ialah apabila ibubapa yang terlibat di dalam program ini sendiri  telah hadir dan memberikan penerangan kepada beliau mengenai perjalanan program tersebut.


Di samping bertanyakan kepada ibubapa mengenai penglibatan dan sumbangan mereka , beliau juga dapat bertanya dan menyelami sendiri perasaan para pelajar dan melihat sendiri kemajuan dan perubahan yang dialami oleh pelajar setelah perlaksanaan SARANA ini.

Kejutan yang dialami oleh beliau adalah apabila mengetahui bahawa semua urusan menceriakan kelas ini semuanya dirancang, dibuat dan diuruskan perbelanjaannya oleh ibubapa 100%. Ibubapa yang mengecat , menyediakan bahan dan keperluan , melakukan kerja tersebuut sendiri, memasang papan putih, mengantung bahan hiasan, menyediakan maklumat pelajaran anak-anak mereka, seperti mencari bahan, phostat dan laminate sendiri dan menampal di dinding mengikut citarasa dan idea mereka.

Informasi terus mengenai SARANA yang diperolehi oleh beliau  adalah sesuatu yang bagus dan baik untuk memahami apakah itu SARANA .

Sebelum lawatan Dato Dr. Khir ini berlaku, Puan Asiah dan Dr. Hayati juga telah hadir pada sehari sebelumnya iaitu pada 15 Mei 2013 untuk tujuan yang sama. Lanjutan dareipada itulah, mereka telah memaklumkan kepada Dato Dr. Khir supaya datang sendiri dan melihat sendiri contoh perlaksanaann SARANA yang dijjalankan di sekolah ini.


Di samping melawat kelas-kelas yang terlibat di dalam SARANA ini, beliau juga telah sudi melihat Bilik MPV - Dandanan dan Solekan yang diuruskan oleh Guru MPV , Puan Yusrina Hanim.


 Di sini, sekali lagi beliau telah  melahirkan rasa terkejut dengan kemudahan dan keselesaan ruang pembelajaran di dalam bilik ini dan mengambil kesempatan mengambil gambar-ganmbar melalui handphone beliau sendiri sebagai tanda kenangan.

beliau ternyata kagum apabila diberitahu , innovasi kita iaitu kejayaan membuka Spa yang akan dibukan kepada semua wargasekolah dan komuniti.

Alhamdulillah, inilah hasil berkat usaha dan keyakinan semua warga sekolah untuk memberikan yang terbaik dan ganjaran penghargaan dan peningkatan maruah diri hasil kejayaan ini.






Di dalam ucapan beliau semasa sessi jamuan, beliau mengucapkan terima kasih di atas sambutan dan syabas kepada semua warga sekolah di atas kejayaan program SARANA yang dijalankan di sekolah ini. Menurut beliau, kejayaan sekolah di dalam melaksanakan program SARANA ini suatu yang amat istimewa kerana ia memberikan satu contoh dan model akan kejayaan program ini yang masih belum terlaksana sepenuhnya di seluruh negara. Beliau juga memberitahu bahawa pihak KPMN akan mencadangkan kepada pihak tertentu  agar datang melawat ke sekolah ini untuk melihat kejayaan perlaksanaan program ini.


Beliau juga menaruh keyakinan bahawa pihak sekolah dan ibu bapa tidak akan berhenti setakat ini dan pastinya akan mengorak langkah ke hadapan dengan melibatkan aktiviti-aktiviti lain  dan di dalam pelbagai aspek.



hakikatnya memang benar dan pada ketika ini juga pihak sekolah dan ibubapa telahpun merancang dan menjalankan aktiviti di luar bilik darjah seperti, kelas menservis komputer yang dilaksanakan dan dikendalikan oleh penjaga sendiri,  kelas prep malam , yang mana penjaga terlibat menjaga dan mengawal pelajar belajar di kelas mereka, sessi pembelajaran di AgroPark bersama Samsung yang dikendalikan dan diuruskan sendiri oleh penjaga pelajar dan pelbagai aktiviti lain lagi.


Beliau juga mencadangkan kejayaan ini diwar-warkan dan didedahkan kepada media seperti TV3  agar kefahaman tentang SARANA ini dapat digarap oleh semua warga pendidikan dan semua ibubapa , PIBG dan masyarakat sendiri.



Beliau juga turut mencadangkan agar ibubapa juga dilantik sebagai jawatankuasa sambutan untuk menguruskan hal berkaitan lawatan orang luar selepas ini.



Ternyata cadangan ini kemudiaannya mendapat reaksi yang amat positif daripada kalanganm ibubapa yang menyatakan kesudian dan kesanggupan untuk memikul tugas tersebut.









Terima kasih , Dato dan insyaAllah kami semua akan melaksanakan program ini dengancemerlang dan meneruskannya lagi dengan pelbagai idea dan inovasi baru.
Di akhir lawatan, beliau sempat juga melawat Bilik Operasi PIBG/ SARANA yang baru sahaja disiapkan pada 13 Mei 2013.

1 comment:

omar said...

alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...